Friday, December 30, 2011

Anda Sensitif?


Assalamualaikum pelakon-pelakon sekalian! Bagaimana watak2 anda hari ni? Baik? Jahat? Sihat? Sakit? Apa2pun semoga korang sihat2 belaka dan ada niat baik hari ni okeh?

Mungkin ada yang tak tau, atau mungkin ada yang dah perasan, aku ni seorang yang sensitif. Sangat2 sensitif, tapi aku boleh kontrol riak muka. Kalau aku sedih, aku suka nak sedih sorang, kalau aku happy barulah aku nak share ngan orang lain. Sebab apa? Aku percaya circle of happiness. Kalau kita happy dan bergaul ngan orang lain, orang lain pun happy jugak. Kalau kita sedih and lepas tu begaul ngan orang, orang lain pun jadi sedih jugak, gloomy terus suasana. Betul. Aku memang macam tu. Aku tunggu orang yang special untuk jadi tempat aku meluah sedih, sebab pada aku dialah nanti akan jadi my very own cheerleader. : )

So tengah scan timeline twitter tadi aku tengok lah tweet sorang sahabat yang nampak macam sedih. Aku pun tanyalah kenapa bersedih. Dia kata aku mungkin tau. Aku cakap aku ikhlas tak tau. Lepas tu I put my detective skills to work. Yes, I got detective skills, belajar dari Sherlock Holmes and Detective Conan okeh. AHAHA. So aku jumpalah yang mungkin menjadi punya dia bersedih. Selepas tu aku bagitau sahabat ni tadi aku mungkin dah tau, and dia komfemkan. Jadi apa kaitan cerita ni dengan sensitif di atas? 

Kadang2 aku rasa bersalah atas sebab yang tak patut. AHAHA macam aku tengok kawan aku ni jarang tegur aku, aku mesti nak fikir, apa yang aku dah buat kat dia? Aku cakap kasar ke? Aku terover joke ke? Aku mesti selalu fikir balik. Tapi bila lepas tu okay balik barulah aku terfikir mungkin aku over-emotion. Nak kata over-reacted aku tak react apa2 pun kan, pikir2 aje. Itulah betapa sensitifnya aku. Lagi-lagilah kalau ditempat awam, macam kenduri-kenduri, expo-expo atau dalam bas ke LRT ke, kalau orang pandang2 aku mesti rasa eh, ada kotoran ke kat muka aku? Ke baju aku koyak? Seluar koyak?? Ada sisa makanan terlekat kat gigi? Ke ada orang tampal 'Look At Me' kat belakang aku ke. AHAHAHA. Memang fikiran aku terus kat situ. Sensitif kan? Sensitif ni bagi aku bukanlah sekadar nak sedih-sedih atau mudah terasa aja. Tapi even the slightest thing can make you happy or sad or confuse or macam2 feeling lagi.

Jadi janganlah kata, bila orang tu sedih sikit terus nak kata, eh sensitifnya kau. Kalau dia jumpa duit sposen kat jalan terus happy tu pun sensitif jugak. AHAHA. Betol ke tak betol?


Ah. Jauh menyimpang. Kembali ke topic yang nak aku cakap sbenanya. Aku dah lama tinggal kan studio. Aku dah nampak diorang happy. Aku belom nampak lagi diorang sedih-sedih. Jadi bila dapat tau ada something wrong, aku pun fikir, alamak, salah aku ke semua ni? Jangan tanya kenapa, aku memang macam tu!! Aku ingat dulu, kitorg ada sesi luah perasaan memasing. Sebab bilangan kitorang dulu paling sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lain. Sipi2 je 20 orang lebih. Lepas tu sorang-sorang tinggalkan group, termasuklah aku, Tapi bagi aku, kami tetap kuat walau macam mana pun. Dululah, masa aku ada ngan diorang. Ni aku tak ada, aku memang tak taulah. Aku kalau mesej kawan2 pun tanya pasal projek diorang, bukan tanya gossip2 hangat studio, itu aku taknak tau lah. Tapi bila dapat tau, aku mesti nak salahkan diri aku dulu. Agak2 perangai macam tu betul? Ke nak salahkan orang lain dulu baru salahkan diri sendiri?

Tapi apa-apapun, semua masalah ada penyelesaiannya. Aku tau, semua kat studio baik-baik belaka. Yang tak baik tolak tepi. Aku doakan diorang yang terbaik, sebab aku dengar diorang memang yang terbaik dah. Sampai final year student pun disuruh untuk tengok kerja-kerja diorang sebagai 'benchmark', dari practitioner lagi tu. Aku tumpang bangga je. Aku tak buat apa-apa pun kan? AHAHAHA...

Till next time peeps!

p/s- tajuk khutbah tadi pasal istiqomah...buat sikit tapi berterusan, itu Allah suka. InsyaAllah aku nak kembali tulis sikit-sikit kat blog ni, dah lama gak menyepi... And kalau diberi kudrat, nak 'revamp' sikit, nak kasi power sikit setiap entri. Bukan apa, blog aku ni agak menyedihkan buat masa ni, sorang dua orang tiga orang je yang baca sehari, kadang-kadang takde orang pun. AHAHA. So, doakan2lah eh! Assalamualaikum!

6 comments:

  1. ahah..azam,takde kene mengena la dgn azam.dun worry. everything will be fine someday :) cuma ftn perlukan masa dan ruang untuk muhasabah balik. it's quite public ntuk dia komen mcm tu..dah lama rasanya nak berterus terang,tp beberapa org nasihat kan, tak perlu.sbb mungkin dia susah nak terima, but then, bila dah berterus terang,,ya,mmg betul pun rupanya. ftn pun mungkin salah dgn cara ftn sendiri n tak matang dalam menguruskan bnda2 mcm ni.

    i felt bad. soooo bad :(
    azam jgn risau. semua okey2 saje .
    biar masa yang menentukan.
    but, maybe, keadaan takkan sama mcm dlu.

    ReplyDelete
  2. sya tau dia mmg jenis yg tegas, dan mungkin yg plg open dan brani utk speak up apa yg dia rasa berbanding org lain... dan dlm sifat speak up tu jgaklah satu kelemahan yg plg susah nak dikenal pasti, berterus terang atau nak jaga hati, betul tak fatin? :) mungkin pada dia baik berterus terang and hope for the best dari jaga hati and die inside... dan mungkin gaya berbahasa dan pertuturan jadi salah satu sebab utama, joke or bukan joke yg susah nak faham mana satu.

    jgn lah fatin salahkan diri fatin jugak, fatin cuma dgr nasihat kawan, bukan salah fatin nak pendam2, cuma fatin tak nak berlaku krisis mcm ni kan? bagi saya ni satu salah faham sbenarnya.. saya nampk niat dia tadi mmg nak mintak maaf kt fatin, tapi bila one thing lead to another, jadi mcm lain plak bunyi nya.. dont beat yourself up too much ye.. sya hrp fatin ngn dia n the rest of the studio akn baik2 aje :)

    ReplyDelete
  3. :) ya mungkin jugak. ftn bnyk minta pndapat dr pelbagai pihak scr general. supaya ftn harap tindakan ftn x silap. kita dah cuba, selebihnya serahkan pada Allah.

    mcm tu jugak.hrp semuanya baik2 aje.lepas ni ;) azam jgn risau. inshaAllah ftn yakin semuanya akn berakhir dn akan ada jln penyelesaian yg baik.

    hati masing2 perlu lebih terbuka. dan saling memaafkan walau salah sesiapa pun. mungkin niat nak "kasi ajar sket" , tp tersalah orang. :(

    btw, thanks azam ntuk nasihat azam. doakan ye.

    ReplyDelete
  4. takpe, cuma nak tolong fatin je, harap helpful lah..ahaha..kalau tak membantu, maafkan saya :) mungkin sebelum balik cuti ni buat dulu mcm kta buat dulu, sesi luah2 segala yg terbuku dgn niat nka mgukuhkan lagi persahabatan? ahaha

    ReplyDelete
  5. eh tak tak...azam membantu sgt :)at least perkongsian pndapat2 tu penting ntuk rujukan masa-masa akan dtg. mana yg baik kita amek, mana yg tak baik kita jauhkan ...haha.idea bagus.tp studio dah berakhir dah pun ..

    ReplyDelete
  6. aah...lupa plak studio dah abis -____-" duh! AHAHA

    ReplyDelete

Sharing Is Caring :)