Friday, December 30, 2011

Bookstore, A Dream

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian! Malam ni semangat lah pulak nak tengok final Maharaja Lawak Mega...HAHA tak pernah tengok live show pun biasa tengok ulangan2 je, tu pun kalau nak tengok. Tapi just for tonight, won't hurt for a bit of laugh kan? Jadi sebelum tu nak lah tulis sesuatu. This thing just pop in my head tengah2 dengar khutbah Jumaat pasal istiqomah. Rasa macam nak bukak sebuah bookstore. Apa kaitan istiqomah ngan kedai buku kan? Aku pun tak pasti, tapi terdetik hati. AHAHAHA. So balik rumah tu aku pikiaq punya pikiaq, memang macam kuat pulak semangat nak ada sebuah bookstore! 

Aku seorang penggemar buku, dan juga pembaca buku. Aku kalau pegi mana-mana shopping complex aku mesti nak kena pergi bookstore. Dulu aku suka pergi Borders sebab boleh baca buku lama-lama. AHAHAHA. Aku suka pergi sorang2 sebenarnya sebab takdalah orang nak tunggu aku dok lama2 dalam kedai buku tu. Bookgasm, seriously! Aku paling suka buku baru-baru, yang masih nampak perfect, takde lipat2, bila selak bunyi, perghh bunyik helaian-helaian kertas tu dibukak macam bunyi orkestra. AHAHAHA. I know, hyperbolic, nevermind me. AHAHAHA tapi betul, aku tau bukan aku sorang macam tu, ramai lagi! And just the thought of having a bookstore, my own bookstore is like a dream coming true, cheh! 

Apasalahnya kan? Walaupun aku belajar nak jadi seorang landscape architect it doesn't mean that I'm not allowed to have other dreams right? AHAHAHA. Kalau boleh nak ada sebuah before kahwin. Ehem2. Nak propose kat situ AHAHAHA. Duh! -___-" Berangan je lebih, belom apa-apa. 

It's just I feel like home in a bookstore, pergi Kinokuniya pergh macam ada rumah di Jepun (sebab nama Jepun kan?) pergi Borders ngan The Times rasa macam kat omputeh punya negara, pergi MPH macam....di Malaysia jelah kan. Kalau aku nak buat nanti rasa macam kat manalah pulah agaknya? AHAHA. So untuk membantu menaikkan impian yang satu ni nak tunjoklah sikit macam mana rupa kedai2 buku yang ada. Kalau kuat hati nak capai impian, InsyaAllah akan jadi kenyataan lah, tapi bukan dengan berkhayal, dengan usaha. 

Title buku yang banyak ni memang bagi Bookgasm!

Ada tempat duduk2, in certain bookstore ada Starbuck lagi!

Err...Flourish and Blotts, tau kat mana??? Jyeahhhh Diagon Alley...kalau tak tau Diagon Alley, pergi baca Harry Potter

Gaya kedai buku yang lebih moden..tapi warna kuning tu bagi aku sangat distracting -___-"

Conventional bookstore, skema susunannya AHAHA

And yang ni kalau tak salah aku antara kedai buku yang paling cantik dan awesome!
Peeps, doakan2lah aku berjaya capai impian aku yang satu ni. Kat tempat aku Mukah tu takde lagi bookstore yang decent, yang setaraf even MPH, belom, belom ada lagi. So aku kalau boleh nak lah ada satu, pastu kalau maju nak expand ke luar, chewahhh... Hey, don't be afraid to dream. It's one of the step needed to succeed okeh!

p/s- lepas tu aku imagine jemput J.K Rowling datang untuk beri ceramah2 aku jemput budak2 sekolah dan universiti datang untuk tengok, perghhh, jauh fikiran aku melayang! AHAHAHA

p/s #2- apa agaknya nama sesuai untuk sebuah bookstore? yang catchy2, aku dah terfikir satu, tapi nak gak tau korang punya idea. :D

No comments:

Post a Comment

Sharing Is Caring :)