Saturday, December 31, 2011

What Happen to the Sanctity of Marriage?

Assalamualaikum semua, apa khabar hari ni? Apa plan untuk hari terakhir tahun 2011 masihi? Malam ni nak enjoy countdown? Ke nak pergi sambut secara Islamik dengan acara2 zikir yang turut diadakan di beberapa tempat? Pilih lah ye. Jangan terlalu melampaui batas itu sudah cukup. Jaga adab itu penting. 

Katy Perry ngan ex-hubby Russell Brand

Jadi hari ni dah disahkan Katy Perry dan Russell Brand yang dulu nampak sangat happy dan secocok bersama (sama2 weirdo in a good way! AHAHA) dah file for divorce. Ahhhh... What ever happens to the sanctity of marriage? What does marriage means to these people? They are considered as public figures since mereka ni sentiasa menjadi tumpuan media, ada fanbase yang besar disuluruh dunia. And such stories will be remembered by people. Bukan di Hollywood saja perkahwinan pelakon mahupun penyanyi banyak yang runtuh di tengah jalan, di Malaysia ni pun sama jugak. Berkahwin, bercerai. Memang lah talak itu halal, tapi Allah tak suka talak. 

Apa masalahnya? Apa pulak impaknya kepada orang lain?

Masalah rumahtangga memanglah tak boleh dielakkan. Mungkin dah diulang banyak kali kot dalam mana2 ceramah ke artikel pasal marriage ni, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri', lagu P.Ramlee kan? Dari filem apa aku tak ingat. Not a big fan. DUH! But listen to this, kalau kita tergigit lidah sedikit, takkan nak terus potong lidah kan? Same goes to marriage, trouble in the water, sorang2 pun kenalah ada rasa mengalah, kena pandai memujuk, kena ada sikap toleransi. Marriage cannot be just about the looooooove....yes I just typed it like that, but it's about working on a huge commitment. And if you think you're not up for it, learn how to be committed. Dalam Islam kata, si isteri kena dengar cakap suami, isteri yang derhaka takkan cium bau syurga.

Yang malas perlu komited dalam rumahtangga!!

Aku tau, aku belom berkahwin apa semua tu kan. Calon pun, ehem2..... Tanak bagitau yang tu, but my point is, walaupun aku belom berkahwin, tapi at least I understand the responsibility I am going to shoulder if after getting married. I understand what I need to do to make my wife happy, and one of the most important thing i learn, if I can't make myself happy, how can I make my partner-for-life happy? AHAHAHA... So walaupun rasa memang nak kahwin, so kena sabar dulu...hihihi *tersipu-sipu malu*.

Dan tak lama lagi, abang aku akan bernikah... InsyaAllah bulan September nanti, harap2 sebelum aku balik UIA lah...memang plannya begitulah... Kalau tak memang aku tak balik UIA dulu...bukan apa, abang aku ni yang pertama dikalangan kami adik beradik dan cousin2 yang mendirikan rumahtangga. Tau tak dengan sapa? Dengan highschool sweetheart diaa...chewah...lama jugak diorang bertahan. Perempaun tu pulak ada kembar. So I can expect maybe cucu abang aku nanti ada kembar..AHAHA...kalau ada anak kembar lagilah power, merasa jugak dapat anak buah *khayal jap* Tak sabar!! Bakal kakak ipar aku tu nanti baek, perghhh...family aku memang suka kat dia, so I'm happy for my brother. :D

Lepas abang aku bernikah, giliran aku plak...ihihihi *malu-malu kucing*

Oh, dah lari tajuk, sambung sikit pasal masalah rumahtangga... Dah nama pun manusia kan, pelbagai, perangai macam-macam setiap satu. Mungkin siisteri gila shopping, kerja sesuami lah untuk mendisiplin kan isteri untuk berbelanja ikut kepentingan... Kalau sisuami pulak jenis yang panas baran, siisteri pulak jadi penenang keadaan. Macam mana nak buat tu, itu isteri punya hal lah kan? AHAHAH yang penting jangan bertikam lidah. It never never ever solver anything. Tau2 tengah kepala besar masing2 terlontar kata 'talak'. Talak tu main-main atau betul-betul, sah talaknya. Lepas tu menyesal. 

Okay, impak kepada orang lain, aku cerita balik pasal selebriti2 kita yang aku rasa kadang2 macam gila talak je group2 ni, sebab diorang ni sentiasa berada di mata masyarakat, it gives a bad impression about what marriage is all about. lebih2 lagi dengan keadaan kita yang semakin 'modern' ni. Fikiran orang sekarang tak sama dengan fikiran orang dulu. Sekarang ramai orang2 muda ni terlalu liberal, sebab tu lah banyak baby baby yang comel comel semua dan tak bersalah jadi mangsa. Terlalu liberal. Semua fikir kahwin apa guna, mahal2, lepas tu cerai jugak. haaa fikiran macam nilah yang merosakkan minda orang kita, dah jadi macam orang barat. Tak dinafikan ada jugak sikap orang barat yang perlu kita contohi, dan banyak juga yang perlu kita elak. Tapi logik orang kita sekarang ni, 'diorang buat macam tu okay je negara diorang, maju je, kita ni yang ini tak boleh itu tak boleh, tak jugak maju-maju.' Haaaa.... inilah logik yang macam ulat kecil, makan hati kita sikit demi sikit, tanpa kita notice pun.

Lagi satu bagi mereka yang ada anak ni, lagilah bermasalah. Anak-anak 'mangsa' penceraian ni pun boleh scar them for life wooo... Efek psychology dan emotionally tu, kalau diorang ni belum cukup faham lagi tentang situasi 'divorce' ni macam mana, boleh bagi impak negatif kat diorang. Mungkin diorang ni dah tak percaya kepada organisasi perkahwinan ni, lebih2 lagi kalau anak-anak ni tengok dengan mata kepala diorang sendiri mak bapak tengah gaduh2. Tak malu ke mak bapak tu? Kalau aku lah, segan nak mampos sebab bagi contoh yang tak elok depan Farid, Fariz ngn Fariq. Eh? AHAHAHA.

Jangan biar anak depresi disebabkan masalah anda!

Berbalik kepada arits2 ni, semua fikir selebriti2 ni perlu jaga perangai je, tapi bukan itu aja sebenarnya, semua nak kena jaga bila dah bertaraf 'public figure'. Semua benda orang tengok. Alhamdulillah sekarang ni dah banyak jugak artis2 wanita aku tengok bertudung, macam Shiela Rusli, Irma Hasmie, Nora camtu... elok je rupanya, suci, orang tengok pun senang hati. Harap2 lagi banyaklah yang menuju kearah itu. Tapi masalah cerai berai inilah yang buat aku macam...kurang senang sikit. 

Aku tak taulah apa pendapat korang, ni pendapat aku je. Kalau tak setuju sila komen. Peace yoo!!

Rumahtangga itu satu benda yang sweet sangat, bukan couple2 yang sweet eh,  NIKAH itu yang sweet mweet  :P


p/s- aku nak bagi nama anak laki, anak perempuan, isterilah yang bagi okeh? ;P

p/s #2- Kim Kardashian ngn Kris Humphries punya divorce lah yang paling aku tak suka this year. 72 days after that grand, lavish wedding nak 'kalahkan' royal wedding? Blurghhhh... Yes aku memang follow gossip2 jugak. :D harap isteri aku nanti tak kisah AHAHA.

Currently Reading...

Assalamualaikum readers! Malam2 ni lepas kecewa sedikit Boboi tak menang Maharaja Lawak Mega, nak share lah buku apa aku tengah baca sekarang! 

Baru volume one, blom habis baca lagi, 1000 lebih pages mengandungi 2 novel and  banyak short stories. Sila baca! Interesting reading ni!

Nicholas Sparks ni memang sangat popular, dah banyak buku-buku dia yang diadaptasi jadi movie. Yang first movie aku tengok A Walk To Remember time kat cenfos, yang tu lah jugak yang memperkenalkan aku kepada penulis hebat ni! Lelaki tau tulis cerita tangkap nangis ni! AHAHAHA
Jadi, rajin2lah membaca. Mulakan sikit2 dulu kalau malas, macam baca paper, lepas tu majalah, lepas tu artikel2 di internet, lepas tu short stories, lepas tu novel, tu untuk yang tak berapa rajin nak membaca lah. Kalau nak lompat terus ke baca cerita panjang2, boleh putus semangat nak baca sebab tebal AHAHA. So take a slow step, no need to rush okay!


p/s- bila aku tengok cerita Definitely, Maybe, tiba2 aku rasa suka ngn buku second hand, aku lagi suka kalau dalam tu dah adai nscription2, ada nama ke ape, so aku pun try beli buku kat ebay, dpt lah buku Eclipse for 99 cents (american dollar) tapi sebab cost penghantaran jadi puluh2 jugak lah.. tapi sayang takde tulis apa2 dalam tu -___- yg dia bagi cuma printed incription yg aku yakin di translate guna Google Translate AHAHA. Kalau ada nak trade buku bagi tau aku!

Friday, December 30, 2011

Bookstore, A Dream

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian! Malam ni semangat lah pulak nak tengok final Maharaja Lawak Mega...HAHA tak pernah tengok live show pun biasa tengok ulangan2 je, tu pun kalau nak tengok. Tapi just for tonight, won't hurt for a bit of laugh kan? Jadi sebelum tu nak lah tulis sesuatu. This thing just pop in my head tengah2 dengar khutbah Jumaat pasal istiqomah. Rasa macam nak bukak sebuah bookstore. Apa kaitan istiqomah ngan kedai buku kan? Aku pun tak pasti, tapi terdetik hati. AHAHAHA. So balik rumah tu aku pikiaq punya pikiaq, memang macam kuat pulak semangat nak ada sebuah bookstore! 

Aku seorang penggemar buku, dan juga pembaca buku. Aku kalau pegi mana-mana shopping complex aku mesti nak kena pergi bookstore. Dulu aku suka pergi Borders sebab boleh baca buku lama-lama. AHAHAHA. Aku suka pergi sorang2 sebenarnya sebab takdalah orang nak tunggu aku dok lama2 dalam kedai buku tu. Bookgasm, seriously! Aku paling suka buku baru-baru, yang masih nampak perfect, takde lipat2, bila selak bunyi, perghh bunyik helaian-helaian kertas tu dibukak macam bunyi orkestra. AHAHAHA. I know, hyperbolic, nevermind me. AHAHAHA tapi betul, aku tau bukan aku sorang macam tu, ramai lagi! And just the thought of having a bookstore, my own bookstore is like a dream coming true, cheh! 

Apasalahnya kan? Walaupun aku belajar nak jadi seorang landscape architect it doesn't mean that I'm not allowed to have other dreams right? AHAHAHA. Kalau boleh nak ada sebuah before kahwin. Ehem2. Nak propose kat situ AHAHAHA. Duh! -___-" Berangan je lebih, belom apa-apa. 

It's just I feel like home in a bookstore, pergi Kinokuniya pergh macam ada rumah di Jepun (sebab nama Jepun kan?) pergi Borders ngan The Times rasa macam kat omputeh punya negara, pergi MPH macam....di Malaysia jelah kan. Kalau aku nak buat nanti rasa macam kat manalah pulah agaknya? AHAHA. So untuk membantu menaikkan impian yang satu ni nak tunjoklah sikit macam mana rupa kedai2 buku yang ada. Kalau kuat hati nak capai impian, InsyaAllah akan jadi kenyataan lah, tapi bukan dengan berkhayal, dengan usaha. 

Title buku yang banyak ni memang bagi Bookgasm!

Ada tempat duduk2, in certain bookstore ada Starbuck lagi!

Err...Flourish and Blotts, tau kat mana??? Jyeahhhh Diagon Alley...kalau tak tau Diagon Alley, pergi baca Harry Potter

Gaya kedai buku yang lebih moden..tapi warna kuning tu bagi aku sangat distracting -___-"

Conventional bookstore, skema susunannya AHAHA

And yang ni kalau tak salah aku antara kedai buku yang paling cantik dan awesome!
Peeps, doakan2lah aku berjaya capai impian aku yang satu ni. Kat tempat aku Mukah tu takde lagi bookstore yang decent, yang setaraf even MPH, belom, belom ada lagi. So aku kalau boleh nak lah ada satu, pastu kalau maju nak expand ke luar, chewahhh... Hey, don't be afraid to dream. It's one of the step needed to succeed okeh!

p/s- lepas tu aku imagine jemput J.K Rowling datang untuk beri ceramah2 aku jemput budak2 sekolah dan universiti datang untuk tengok, perghhh, jauh fikiran aku melayang! AHAHAHA

p/s #2- apa agaknya nama sesuai untuk sebuah bookstore? yang catchy2, aku dah terfikir satu, tapi nak gak tau korang punya idea. :D

Anda Sensitif?


Assalamualaikum pelakon-pelakon sekalian! Bagaimana watak2 anda hari ni? Baik? Jahat? Sihat? Sakit? Apa2pun semoga korang sihat2 belaka dan ada niat baik hari ni okeh?

Mungkin ada yang tak tau, atau mungkin ada yang dah perasan, aku ni seorang yang sensitif. Sangat2 sensitif, tapi aku boleh kontrol riak muka. Kalau aku sedih, aku suka nak sedih sorang, kalau aku happy barulah aku nak share ngan orang lain. Sebab apa? Aku percaya circle of happiness. Kalau kita happy dan bergaul ngan orang lain, orang lain pun happy jugak. Kalau kita sedih and lepas tu begaul ngan orang, orang lain pun jadi sedih jugak, gloomy terus suasana. Betul. Aku memang macam tu. Aku tunggu orang yang special untuk jadi tempat aku meluah sedih, sebab pada aku dialah nanti akan jadi my very own cheerleader. : )

So tengah scan timeline twitter tadi aku tengok lah tweet sorang sahabat yang nampak macam sedih. Aku pun tanyalah kenapa bersedih. Dia kata aku mungkin tau. Aku cakap aku ikhlas tak tau. Lepas tu I put my detective skills to work. Yes, I got detective skills, belajar dari Sherlock Holmes and Detective Conan okeh. AHAHA. So aku jumpalah yang mungkin menjadi punya dia bersedih. Selepas tu aku bagitau sahabat ni tadi aku mungkin dah tau, and dia komfemkan. Jadi apa kaitan cerita ni dengan sensitif di atas? 

Kadang2 aku rasa bersalah atas sebab yang tak patut. AHAHA macam aku tengok kawan aku ni jarang tegur aku, aku mesti nak fikir, apa yang aku dah buat kat dia? Aku cakap kasar ke? Aku terover joke ke? Aku mesti selalu fikir balik. Tapi bila lepas tu okay balik barulah aku terfikir mungkin aku over-emotion. Nak kata over-reacted aku tak react apa2 pun kan, pikir2 aje. Itulah betapa sensitifnya aku. Lagi-lagilah kalau ditempat awam, macam kenduri-kenduri, expo-expo atau dalam bas ke LRT ke, kalau orang pandang2 aku mesti rasa eh, ada kotoran ke kat muka aku? Ke baju aku koyak? Seluar koyak?? Ada sisa makanan terlekat kat gigi? Ke ada orang tampal 'Look At Me' kat belakang aku ke. AHAHAHA. Memang fikiran aku terus kat situ. Sensitif kan? Sensitif ni bagi aku bukanlah sekadar nak sedih-sedih atau mudah terasa aja. Tapi even the slightest thing can make you happy or sad or confuse or macam2 feeling lagi.

Jadi janganlah kata, bila orang tu sedih sikit terus nak kata, eh sensitifnya kau. Kalau dia jumpa duit sposen kat jalan terus happy tu pun sensitif jugak. AHAHA. Betol ke tak betol?


Ah. Jauh menyimpang. Kembali ke topic yang nak aku cakap sbenanya. Aku dah lama tinggal kan studio. Aku dah nampak diorang happy. Aku belom nampak lagi diorang sedih-sedih. Jadi bila dapat tau ada something wrong, aku pun fikir, alamak, salah aku ke semua ni? Jangan tanya kenapa, aku memang macam tu!! Aku ingat dulu, kitorg ada sesi luah perasaan memasing. Sebab bilangan kitorang dulu paling sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lain. Sipi2 je 20 orang lebih. Lepas tu sorang-sorang tinggalkan group, termasuklah aku, Tapi bagi aku, kami tetap kuat walau macam mana pun. Dululah, masa aku ada ngan diorang. Ni aku tak ada, aku memang tak taulah. Aku kalau mesej kawan2 pun tanya pasal projek diorang, bukan tanya gossip2 hangat studio, itu aku taknak tau lah. Tapi bila dapat tau, aku mesti nak salahkan diri aku dulu. Agak2 perangai macam tu betul? Ke nak salahkan orang lain dulu baru salahkan diri sendiri?

Tapi apa-apapun, semua masalah ada penyelesaiannya. Aku tau, semua kat studio baik-baik belaka. Yang tak baik tolak tepi. Aku doakan diorang yang terbaik, sebab aku dengar diorang memang yang terbaik dah. Sampai final year student pun disuruh untuk tengok kerja-kerja diorang sebagai 'benchmark', dari practitioner lagi tu. Aku tumpang bangga je. Aku tak buat apa-apa pun kan? AHAHAHA...

Till next time peeps!

p/s- tajuk khutbah tadi pasal istiqomah...buat sikit tapi berterusan, itu Allah suka. InsyaAllah aku nak kembali tulis sikit-sikit kat blog ni, dah lama gak menyepi... And kalau diberi kudrat, nak 'revamp' sikit, nak kasi power sikit setiap entri. Bukan apa, blog aku ni agak menyedihkan buat masa ni, sorang dua orang tiga orang je yang baca sehari, kadang-kadang takde orang pun. AHAHA. So, doakan2lah eh! Assalamualaikum!

Thursday, December 29, 2011

Before You Die

Assalamualaikum peeps! Apa cerita? So sebab pagi tadi lambat sikit bangun, and bila dah bangun check2 Yahoo! pun blom ada artikel best2, so baru je ni tadi aku check lah balik, terjumpa satu video yang agak menyentuh hati dan perasaan (mind you, I don't cry for this one!) AHAHA. It's about a kid, 18 years old who died on Christmas night, a few days ago. But before that, this is the his final video, which went viral. I'm touched. :')


Don't be such a robot.

Taman Tasik Bukit Mas

Assalamualaikum makhluk bumi! Harap anda semua sihat2 dan tak gedik2 belaka. ;P So, aku dah dua bulan lebih stay ngan Usu (Melanau for Mak Su)  and baru hari ni aku jejak kaki nak tengok Taman Bukit Mas... Kalau Bukit Mas aje dah selalu dah sebab depan rumah. Walaupun accessible je dari tu, tapi macam malas sebab kena naik bukit turun bukit, -__-" macam orang lelama dulu plak dah kan. AHAHAHA. So ambik jalan senang lah, pergi ke pasar, pastu aku jalan sorang2 pergi Taman tu, atas bukit, kena naik tangga sikit bawah terik2 panas. Boleh je ajak cousin aku join tapi dia macam ada plan ngan awek dia kot aku malas nak kacau. Aku nak ambik gamba sikit2 je dulu. Apa istimewa nya taman ni? Tak sure pun, aku tak tau lah tasik atas bukit tu satu rarity atau tak, tapi bagi aku macam spesel sebab baru pernah pegi tempat sebegitu rupa! Aku adalah snap gamba sikit2, saja nak share daripada entry ni nampak kosong kan? :D

From a higher point...this is taken at 3 o'clock, so not many people come yet. Usually they come later in  the evening for jogging and stuff, mostly yeah, jogging.

But the wooden pathway isn't in very good condition :(

The bridges has kinda Chinese influence on it

At times there will be remote control boat racing organize here, and some would play just for fun.  My Usu told me there will be one tomorrow. I don't know, but I'd love to watch it.

Connecting two sides of the lake is this suspension bridge, for someone who has fear for height I don't think they'll ever cross this...you can opt to walk around the lake, one round will take around 15 minutes give or take a few minutes.
When you are in Limbang make sure you know where to go. Make really careful plans on where to go, what to see all that stuff because to be honest, there's nothing much to see or to do near it. Might as well go to Brunei and see loads of stuff especially the difference between our culture or architecture or just rules and regulation. You know a cigarette packs in Brunei can cost up to 14 Brunei Dollar, change that to our Malaysian money what do you got? Double of that. AHAHAHA. Just think if in Malaysia a pack of cigarette cost RM20 something, will you want to smoke?

Blog Menarik

Assalamualaikum dunia! So hari ni aku stumble upon satu blog yang sangat best, sangat informatif dan akan membuatkan kita berfikir balik betul ke tak benda yang selama ni kita buat...tapi blog ni pun personal jugaklah, ada cerita ada jugak link2 nak download benda AHAHA but we take what's good, and from the bad ones we take lesson lah, ye dok? Inilah blog dia; theotherkhairul.

Salah satu topik yang sangat menarik perhatian aku (selain satu post pasal penulis blog tu ngn geng2 dia usha bapok2 ahaha, cari sendiri!) ialah pasal adat dan adab bertunang/berkahwin. Aku pernah baca artikel seumpama itu, dan aku pun berfikiran sealiran dengan dia pasal mas kahwin sampai beribu-ribu last last end up bercerai, especially yang very publicized kinda wedding, artis2 lah biasanya. Tapi bukan sekadar artis, orang-orang kampung aku sekarang pun dah pandai mintak mahal berbelas-belas ribu! Mak aih! Kesian si lelaki, dialah yang nak menyara keluarga lepas tu, keluarga pasangan plak minta tinggi-tinggi. Tak salah nak meminta mas kahwin berangka sampai enam angka, tapi tengok2 lah bakal suami kerja apa bukan? Kalau kerja gaji 2000 ringgit je tapi nak mintak mas kahwin RM 11,111 konon nak ambik nombor cantik, haaa banyaklah cantik engkau, cantik dipandang mata, disudut hati lelaki tu, 'betul ke nak kahwin ni?'. AHAHAHA.

But whatever it is, kena samalah toleransi, kami lelaki, bukan nak membeli anak perempuan siapa-siapa. Kami cuma nak mereka jadi pasangan sah kami didunia. Kami pun tau, walaupun selepas berkahwin perempuan itu kena ikut cakap suami, tapi kami lelaki taklah kejam sampai nak halang mereka dari berjumpa keluarga sendiri. :D Kami lelaki juga selepas berkahwin bertanggungjawab sepenuhnya keatas isteri kami, jadi kami faham segala tanggungjawab tu and we will try our best to protect our beloved wife, or wives...kekekekeke, jangan marah, kuota 4 org derrrr....

So aku cadangkan kepada semua silalah baca blog encik khairul tu, tak salah kita nak berkongsi fikiran, kalau tak setuju ngan dia, bagilah komen berbentuk ilmiah, tapi bagi aku, kami berfikiran sama, so kalau jumpa insyaAllah boleh jadi geng...tehehehehe... 

Dah malam, mengantok! Jumpa di lain post, Assalamualaikum!

Mungkin nak kesini lagi, say, berbulan madu? AHAHHHA....ameeennn

Monday, December 26, 2011

Kindness Boomerang


"One Day"

Sometimes I lay 
Under the moon 
And thank God I'm breathing 
Then I pray 
Don't take me soon 
Cause I'm here for a reason 

Sometimes in my tears I drown 
But I never let it get me down 
So when negativity surrounds 
I know some day it'll all turn around 
Because 

All my live I've been waiting for 
I've been praying for 
For the people to say 
That we don't wanna fight no more 
There'll be no more wars 
And our children will play 
One day [x6]

It's not about 
Win or lose 
Because we all lose 
When they feed on the souls of the innocent 
Blood drenched pavement 
Keep on moving though the waters stay raging 
In this maze you can lose your way (your way) 
It might drive you crazy but don't let it faze you no way (no way) 

Sometimes in my tears I drown 
But I never let it get me down 
So my negativity surrounds 
I know some day it'll all turn around 
Because 

All my live I've been waiting for 
I've been praying for 
For the people to say 
That we don't wanna fight no more 
There'll be no more wars 
And our children will play 
One day [x6]

One day this all will change 
Treat people the same 
Stop with the violence 
Down the the hate 
One day we'll all be free 
And proud to be 
Under the same sun 
Singing songs of freedom like 
One day [x2]

All my live I've been waiting for 
I've been praying for 
For the people to say 
That we don't wanna fight no more 
There'll be no more wars 
And our children will play 
One day [x6]

from http://www.azlyrics.com/lyrics/matisyahu/oneday.html with slight alteration

And today I wanna share with you guys one song I just knew, a song that reminds us all about living in peace, it's not only for us, but also to the future generations. This song is called 'One Day' by Matisyahu. I was completely taken away by this sing when I watch a video about the circle of kindness (find this video below!). War brings nothing but grieve and hate, so remember, Peace yo!

Life Vest video, Kindness Boomerang, here for the message

Firdaus, Allah Loves You More Than We Do

Assalamualaikum... Ya Allah, aku baru saja dikejutkan dengan berita pemergian seorg sahabat Twitter. Ya, aku cuma kenal dia melalui Twitter, dan memandangkan aku tak pernah pergi mana-mana Twtup, so memang tak pernah jumpa. Walaupun macam tu, aku selalu baca tweet dia, kami pernah borak2 pendek di Twitter, dan dia merupakan salah seorang yang sangat aktif bertwitter. Dari tweet2 yang pernah dia post, boleh dikatakan sorang yang lucu jua. Tapi dikhabarkan tadi, melalui Twitter jugak, sahabat ni telah megalami kemalangan di Simpang Pulai dekat Ipoh mungkin (correct me if I'm wrong) around 8 o'clock petang tadi. His last tweet was around six in the evening.

Aku pun memang terkejutlah, sebab baru tadi aku bukak twitter balik and timeline penuh dengan condolences and innalillah-s, and sedekah al-fatihah; so aku pun teringat baru semalam aku RT salah satu tweet dia beserta mention skali tapi dia tak balas, so sedikit aku rasa kecewa... Tapi bila dapat tahu tadi, aku rasa menyesal ada rasa macam tu kat arwah...

Pengajaran untuk kita yang masih lagi dikurniakan daya untuk bernafas, maut datang kita tak boleh nak kata 'tunggu, tunggu sesaat'. Bila dah tiba masa kita pergi, kita akan pergi. Ada orang yang manage to survive despite the horrific accident they've been in. But kalau ketentuan Allah that's not their time to g yet, they will survive. Kalau dah ketentuan Allah yang dia akan pergi kembali kepadanya-Nya, walau tengah tidur sekalipun, akan pergi jua.

Aku sebak membaca tweet2 dari rakan2 yang akrab dengan beliau, so aku tutup twitter. I've read enough. I prayed for him to be amongst the believers. And that's it. Life must go on. Mungkin ni boleh jadi wake-up call to anyone who cares, or this is just another casualty bagi kita. We choose. Apa kita boleh buat ialah banyakkan doa, lihat balik amal kita, dan topup apa yang patut, tambah lagi and perbaiki mana yang kurang.

Dan Firdaus, sesungguhnya Allah menyayangimu lebih daripada kami menyayangimu...Semoga engkau ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Ameen.


Just a few of the condolences and du'a, let's pray Firdaus will be among the Believers, and just like his name will be place in Firdaus, Ameen

Saturday, December 24, 2011

Random Stuff


Assalamualaikum...you know, aku try blaja sorang2 macam nak nak buat template blog aku so that it will look even more personal, even more, me. But well, it's kinda hard... Not that I'm giving up, but I think maybe for this kinda thing, I need external help, from people who are very familiar with codes and stuff. What do I know? I know how to write normal stuff and that's it. So, today I tried the new design settings by blogger, I found out it's quite interesting, and a little easier than before, thank God. But it doesn't mean I be a slacker, I want and I will find someone who can teach me how to write my own codes for this thing. It's kinda annoying and trust me, I'm a little bit jealous with people who knows their way around this stuff!

Okeh, despite aku dah boleh dikatakan 'cuti lama' tapi aku rasa macam masih belom cukup produktif lagi ngan 'projek' yang aku tengah usahakan...dateline dah makin dekat, so it really is a rush now! If I don't hurry up, and don't produce as much as I should have, this will all be a total waste. I know something at the back of my mind is holding me back, but that's not just another excuse I should make. But really, if I can find out about this thing at the back of my head, made it clear for me, than I think that would ease things up a bit, whatever the outcome may be. I made a few contacts with my friends for enquiries, and I hope that will help me a little. In case you're figuring what is it, well, I'm not gonna tell you yet until I can confirm it. After that, I will tell you everything. So best pray for things to run smoothly for me, I'm just doing things that I am suppose to do. :)


You know I love you guys. Goodnight!

Friday, December 23, 2011

Microblogging


Assalamualaikum....di kala rajin nak update blog ni, baik aku update... Kesian gak blog ni, macam, hidup segan, mati tak mahu, AHAHAHA... Mungkin satu sebab the rise of microblogging, especially Twitter, yes, I mostly update stuff on Twitter because one, I can send update via sms by phone, no internet excess needed and probably two; audience lagi ramai disana... I mean, I have not very much info to share, this blog is mostly personal stuff so it gets kinda boring right? AHAHAHA *apalah kutuk blog sendiri -__-"*

Setiap kali janji nak update blog regularly, setiap kali tu lah takkan ditepati janji tu, so now I know not to make such promise, so maybe kalau ada nak feel or bagi opinion yang panjang lebar berjela-jela, I'll wrote it here because Twitter allows 140 characters only, and no one really clicks on twitlonger links (I believe so! sebab aku pun malas nak klik link2 tu ahahaha) So if you guys got a Twitter account, look me up @azamofficial, yep, that's me....DP sentiasa berubah but that tweethandle won't change for a long time....


If I haven't lost any readers yet, I would like to thank you for sticking up for me all this time. I thank you for spending a little time to read my not so informative blog, but I'll try to look for some quality reading for you and I both. That's not a promise though! AHAHA

Jiwa Sentimental Tengok Kawan-Kawan Happy

Assalamualaikum... So today aku dapat lihat wajah-wajah ceria bekas (yes, bekas) budak studio aku dulu yang baru habis internal portfolio hari ni, maybe ada lagi satu external kot lpas ni aku tak tau laa.. Sebak rasa tengok diorang semua happy happy nampaknya AHAHAHA, kalau sebak tu, dah tentu sebabnya rasa rindu... Diorg ni, bukan mcm classmate biasa, diorang ni studiomates, and sepanjang dua tahun bersama diorang, dah rasa macam satu family...bagi aku lah...tengok2 gambar dalam facebook oleh Ika tadi tu, menitik plak air mata, sayu siott...jantan memang jantan, tapi hati aku taklah sekeras batu, aku memang sangat menilai sentimental value sesuatu tu...so bila tengok gambar diorang, aku ingat masa aku bersama diorang, aku ingat semasa aku berada dalam gambar bersama diorang...

Kalau aku kembali pun ke UIA tahun depan, yang pastinya aku bukan lagi satu studio ngan diorang, things will be different, memang rasa a little bit childish yang aku macam tak bleh nak comprehend the thoughts of not being with them... Aku dah rasa for more than six months tak bersama diorang, and it's not pretty. It's not my intention just to leave them like that, but it's very circumstantial. Nanti2lah explain part tu. And most probably I will not be back to UIA. I'll explain that later too.

Anyway, kalau ada diantara diorang yang baca ni, harap2 ada, macam Fatin ngan Ika yang ada blog tu, aku harap diorang baca, just nak bagi tau, I'm so proud of you guys, broke my heart to leave you guys, I really wanted to be a part of Studio Kecil back, but I don't know if I ever could. Aku just nak bagitau, aku tak pernah lupa korang, aku memang rindu korang sangat2, aku serius bila aku cakap aku menangis tengok gambar yang Ika post tu. And I hope that says something. :)

Inilah diorang2 yang selalu menceriakan hidup aku kat UIA dulu

Sharing Is Caring :)