Saturday, January 7, 2012

Mesej Baik Sebenarnya

Assalamualaikum semua! Semalam tak post apa2, but today nak kasi short post aje, penat sikit. AHAHA. Hari ni aku kena kembali berfikiran seperti artis, untuk esok juga. Mak cik aku suruh bubuk kat dinding kedai dia something, and aku pun suggest why not buat logo 1Malaysia aje. She said okay and hari ni siap dah satu. Ada lagi nak tambah esok. AHAHA. Mungkin bagi sesetengah orang yang berjiwa sarkastik sikit akan kata, eleh, logo 1Malaysia nak kiss-a** lah tu. AHAHA. Kiss-a**? Please. There's nothing wrong with the concept. Malah mesej baik ada. Cuma ada sesetengah kelompok tutup bukan setakat sebelah, malah, kedua-dua bijik mata, betul2 tak nak terima konsep ni. Kita dianjurkan bersatu kan? Anything wrong with that? AHAHA. Takpe lah, malas nak tulis panjang-panjang, it's a very simple concept we had learn a long time ago, sapa yang tak ingat kisah sebatang lidi dengan segerombolan(?) lidi? AHAHAHA. Okeh, aku tak ingat apa penjodoh bilangan yang sesuai. Nak google pun takde mood. Duh. -___-" 

Ni dia gambo sikit2 je, Banyak poser je. AHAHAHA.

Cousin aku: Poser #1
lagi lah poser! AHAHAHA
Bolehlah tu, aku bukan komputer *alasan*
Ultimate Poser! AHAHAHA. Bukan poser weh, touch-up t.
Oklah, cukup lah untuk hari ni. Esok lagi. 

Thursday, January 5, 2012

I Won't Give Up

Assalamualaikum! Smalam aku stumble upon this great song, kawan aku share kat G+, thanks to him. This song is seriously great, simple yet, meaningful. Although mostly it talks about don't give up when it comes to love, but to me it can be interpreted differently as well, like, in putting all your heart in things you love too. Enjoy! And try not to give up :)




I Wont Give Up - Jason Mraz

when i look into your eyes
it’s like watching the night sky
or a beautiful sunrise
well there’s so much they hold
and just like them old stars
i see that you’ve come so far
to be right where you are
how old is your soul?

i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up

and when you’re needing your space
to do some navigating
i’ll be here patiently waiting
to see what you find
cause even the stars they burn
some even fall to the earth
we’ve got a lot to learn
god knows we’re worth it
no, i won’t give up

i don’t wanna be someone who walks away so easily
i’m here to stay and make the difference that i can make
our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts
we got yeah we got a lot at stake
and in the end, you’re still my friend at least we didn’t tend
for us to work we didn’t break, we didn’t burn
we had to learn, how to bend without the world caving in
i had to learn what i got, and what i’m not
and who i am

i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up
i’m still looking up

i won’t give up on us
god knows i’m tough, he knows
we got a lot to learn
god knows we’re worth it

i won’t give up on us
even if the skies get rough
i’m giving you all my love
i’m still looking up

Wednesday, January 4, 2012

Kenapa Aku Suka Twitter

Assalamualaikum semua! Masih terasa kemistikan probably 1/256 fish man ni? AHAHAHA Apa-apa pun kalau tak paham sila baca kat link yang aku bagi tu. Kalau terasa ke'whoaaaaa'an nya ahahaha I bet you have some ridiculous stories from your family too. Kalau rasa tipu giler, AHAHAHAHA sukati korang lah. It's just a story pun. :D.

So kali ni aku sebenanya bukan nak elaborate pasal kemistikan aku tu, tapi pasal social network, bukan yang movie tu. Social network in general.  Yes, kalau ikut, ada banyak jenis social media, pelbagai sangat. Aku pun dah lost count dah. Tapi yang biasa kita dengar ialah Twitter, Facebook, Youtube, Google+, Formspring and banyak lagi lah...kalau dulu-dulu popular nya Friendster lah kan...takyah nak gelak aku tau korang pun galak main Friendster dulu! AHAHAHA. Tapi untuk kali ni, aku nak fokus kepada satu social network yang paling aku suka iaitu, Twitter! Yes, pada aku Twitter trumps Facebook like, 10 folds. 

Twitter, Tweets, Tweeps

Kenapa aku suka Twitter? Adakah pasal nak dapat follower berjuta-juta? Adakah nak jadi popular sangat? Aku pun masa awal-awal dulu ingat orang popular je pakai Twitter, cam artis-artis (bahasa twitter=retis). But it's nothing like that really. Awal-awal dulu memanglah takde feeling gila post anything to Twitter, tak dapat respond satu, aku tak kenal sapa yang aku follow and orang yang follow aku, and tak brapa ramai followers. Lama gak sebenarnya akaun Twitter aku wujud, and lepas tu aku track kawan2 sekolah ngan UIA sapa2 yang ada Twitter aku add, lepas tu banyak follow artis Hollywood(jyeaahhh, Malaywood? No No...AHAHAHA). 

Of course masa tu dapat laa mentions dari tweeps yang lain, and aku mention diorang balik, tapi takat tu jelah dulu. Tak berapa nak kembang. Until ditakdirkan suatu hari tu aku menyampuk tweet dari kawan aku ni @maxzchua pasal panda tambah duyung, and lepas tu Max pun RT tweet tu cc kat @BabyjaneJuliet. Aku tak kenal pun sapa dia, aku follow je lah lepas tu, and lepas tu dia pun follow aku balik. AHAHAHA. Agak menariklah pada aku dia ni sebab senang hati je nak reply tweet orang. AHAHAHA. Kembang idong dia baca lepas ni. ;P Twittercrush dulu tuuu. AHAHAHA

Mungkin jugak Twitter ni tempat nak bash FB AHAHAHA ;P nilah dia @BabyjaneJuliet

So lepas tu mula lah nampak otai2 Twitter Malaysia ni, ramai rupanya, MasyaAllah. Mereka ni juga dikenali sebagai #TahiTwitter AHAHAHA. Macam lawakkan? Tapi itulah, diorg ni macam setiap masa je nak tweet. Tweet plak pelbagai jenis. Dah macam2 'term' diguna kat Twitter dah aku blajar dari situ, AHAHAHA awal2 dulu memang blur gilalah, but lama2 dan tanpa segan silu nya menjadi #slowpoke kita blajar lah sikit2 nak fit in ngan orang kat sini, nak gak jadi seakrab diorang ni. And lepas tu aku discover pasal TweetUp yang singkatnya #Twtup, dia asal dari meet-up lah yang bermaksud cam gathering. Yes, dah banyak dah Twtup yang dianjurkan oleh diorang-diorang ni, cuma aku tak pernah pergi. Kalau tak boleh lah jumpa diorang2 coolbags kat Twitter di dunia nyata. AHAHA. 

Kalau kita post repeadly status kat facebook, update setiap minit, mesti rasa pelikkan? So Twitter ni memang dah jadi cam diari dah. Tapi bukan setakat diari jelah fungsinya. Tujuannya nak bagi kita well-connected with semua orang. Kalau kat facebook aku kenal kawan2 sekolah aku je, kawan2 satu U, tapi kat Twitter I met people out of my usual circle, kira macam out of the box laa sikit, it's great to have that kind of connection. Bonding dengan orang lain, bak kata pepatah, berkawan biar seribu(berjuta pun takpa). Kat sinilah jugak aku tengok mostly strangers baik2 belaka. Kalau tegur elok, eloklah reply nye ye dok? AHAHA. Aku pernah tulis kat Twitter dulu, 'Twitter is where you can see the kindness of strangers, facebook is where you can witness the dark side of your friends. AHAHAHA. Mana taknya, facebook wall tu dah jadi tempat ber-emo. -___-"

AHAHAHA. So senang cerita, dan seperti yang aku dah kata kat atas tu, aku lagi suka Twitter, aku tweet on the go pun boleh, sebab aku tak pakai smartphone macam Torch orang tu, aku pakai Twitter SMS je, pun boleh jugak. So bila2 masa aku boleh tweet. Facebook tu just tempat nak catch-up perkembangan kawan2 aku je. And tempat nak share links... Facebookers, jangan makan hati, Tweeps, korang memang coolbags! AHAHAHA!

p/s- ada lagi yang pakai Friendster? Sapa yang pakai Google+ boleh laa add aku terus, pergi profile aku haaa kat sebelah kanan ni, jumpa 'About Me' tu, akan terus pergi ke profile G+, perghhh.

Keturunan Ikan Patin, Bersaudara Ular

Assalamualaikum semua? Hari ni apa khabar? Haaaa hari ni aku nak share satu cerita pasal keluarga aku, aku pun baru tau jugak cerita ni, mak cik aku yang cerita, mak cik aku dengar arwah nenek yang cerita. Rugi nya, kalaulah boleh dengar cerita ni dari arwah nenek sendiri, mungkin lagi syok!

Haaaa, dalam keluarga aku, ada pantang, jangan makan ikan patin, yes, ikan patin, tak sure ada nama lain ke tak, tapi memang bahasa melayu nya ikan patin. Ada kat wikipedia. Ni kat bawah ni lah dia rupa ikan patin; Mudah dikenali dengan kepala yang kecil dan leper berbanding badannya yang besar. 

Nenek cakap keluarga kami pantang makan ikan patin...
Mesti nak tau kenapa kan? AHAHAHA. Kejap lagi. Satu lagi pantang keluarga kitorang, yang bapak aku tak cakap pun kat aku, jangan bunuh ular. Pernah sekali ada ular lidi kot kat tangga rumah, aku nak tangkap nak bela tapi ayah kata jangan, lepaskan. And ayah pun aku rasa mungkin tak pernah bunuh ular sebab nenek dah bagitau diorang adik beradik jangan. 

AHAHA okey tiba masanya untuk aku bercerita kisah lama, tak tau lah ia pure history or just some kind of very interesting story to be told, and pass down, but bila aku dengar cerita ni rasa excited sangat! AHAHAHA. 

Nak dijadikan cerita, zaman dulu, my ancestor ni nak kahwin, takda calon. Suatu hari tengah-tengah dia tangkap ikan di sungai camtu, dia dapatlah sekor ikan patin. Tapi ikan patin tu tiba-tiba jadi sorang perempuan. Hendak dijadikan cerita, maka berkahwinlah mereka ni. Dapatlah anak, berapa orang anak aku tak pasti. Tapi suatu hari ni, mereka bergaduh, dalam2 bergaduh, si suami pun kata, 'pulanglah engkau ke tempat asal kau!' Maka dengan sedihnya (mungkin) si perempuan ni pun kembali ke sungai dan jadilah ikan patin kembali. So dari hari tu, keturunan-keturunan dia ni pun dilarang untuk makan ikan patin, bukan diharamkan, hanya dilarang, kerana akan sakitlah kalau dimakan. Arwah nenek dulu memang berkeras jangan makan ikan patin, yang tu memang aku ingat dia pesan kat kitorang. Mungkin sebab pergaduhan tadi lah agaknya. AHAHA. Wallahualam. 

Dan cerita pasal ular pulak, yang ni lebih dekat sedikit dengan timeline nenek aku, moyang ke datuk kepada nenek aku ni dah ada isteri, isteri nya pun dah alhamdulillah mengandung. Samaada anak pertama, atau yang mana, aku pun tak clear sangat, tapi dapatlah anak kembar. Tapi kembar yang sangat pelik. Seorang baby manusia, dan 'seorang' lagi seekor ular hitam. Whoaaaaah. Ape jadahnya kan? Haaa, nak dijadikan cerita, ular yang dilahirkan tadi pun balik ke hutan. Tapi mak cik aku cerita dia sering datang balik nak tengok 'adik-beradik' dia, dan jugak 'keturunan' dia. Yang paling best bila mak cik aku cakap dalam satu gambar nenek kahwin dulu, ada sekor ular hitam kat tingkap dekat dengan pengantin. Orang lain tak kisah, and dia pun tak kacau, katanya nak tengok cucu kahwin camtu. AHAHA. Aku tak jumpa gambar tu lagi, ntah ada lagi ke tidak tak sure. Tapi kat rumah dulu dalam bilik nenek ada banyak gak bekas yang dianyam dari buluh yang macam kalau korang pernah nampak orang India main seruling and ular tedung slow2 naik dari bekas tu. Lebih kurang macam tulah bekasnya. Perghhh. Mistik kan?

Aku tak brapa pernah share ngan orang kot, tapi aku suka ular, sebab diorang panjang and comel je. AHAHA. Lagillah kalau yang warna cantik. Ular tedung tu nampak cam ganas, tapi bila dia bukak 'tedung' dia tu aku rasa cam cool gila! AHAHA. Ular yang sangat cool kot. Kawan aku kat UIA ada dua orang bela ball phyton, lagilah comel, ular sawa jenis kecil, excited plak tengok macam tengok gajah saiz cam kucing. AHAHAHA. 

Kalau dulu aku rasa kalau masok Hogwarts mesti nak masok Griffindor (perghhhh...) tapi sekarang mungkin aku tak kisah kalau masok Slytherin...AHAHAHAHA. Okay, semangat Harry Potter dah naik. AHAHA. Tapi itulah, tapi disebalik some cerita-cerita lama, mungkin ada kebenarannya. Kita tak tau kan? Bukan ada mesin masa nak siasat balik apa berlaku zaman dulu-dulu. Cerita ni pun nasib baik mak cik aku ceritakan kat aku. Sebab bapak tak pernah cerita kat kitorang. So aku balik rumah nanti aku nak tanyalah bapak aku ada ke tak nenek ceritakan kat dia. Serius excited weh!

Long lost relative???

p/s- jangan lah tuduh aku kolot ke, tak betul ke lepas ni. AHAHAHA. ni kan cerita aje. ;P 

Tuesday, January 3, 2012

Gejala 'LIKE'

Assalamualaikum semua! Apakah khabar anda hari ni? Harap-harap semua sihat hendaknya. :D So hari ni tengah2 scroll stream kat facebook tu aku terjumpalah sesuatu yang tak sedap aku pandang dari dulu. Aku panggil ni, gejala 'like'. Yes, kenapa 'like' pun boleh jadi gejala macam tak kena pulakkan. Mesti rasa, aku nye facebook, sukati aku lah nak like mana aku nak. Nak 'like' gambar lucah ke, nak 'like' status menarik ke, sukati aku lah! AHAHAHA. Normal, mesti ada yang tak suka ngan apa aku nak post ni. Tapi kalau korang baca dengan hati yang terbuka, mungkin akan paham tujuan post yang ni.

Ni yang aku nampak hari ni, aku malas nak cari yang dulu2, alang2 dah ada didepan mata, ambik segera jadi contoh.


Dah jadi resmi kita, mesti nak share news yang kita tau kan? baik di twitter atau di facebook. Baguslah kalau nah share stories, nothing wrong with that. Bagus kita share berita supaya orang lain tau perkembangan dunia. Jangan asyik2 berita gossip sudah....AHAHAHA...Tapi seperti yang diatas ni, yang kita tau ni adalah sah2 facebook kan, aku nak tanya, is there anything wrong with the picture? Something wrong, ada tak? Tau tak kenapa aku highlight yang 'like' tu. Tau kenapa? 

Kalau tak tau, baca balik apa status yang ditulis oleh tuan punya status ni. Kalau in real life, tengah-tengah korang pergi lepak-lepak kedai kopi terbaca news pasal benda-benda camni lalu dia bagitau korang, 'weh, ada family berlima ni kena bunuh kejam weh.' Apa reaksi korang? Ke korang dengan senang hatinya bagi thumbs-up? Atau korang cakap innalillah...? Mata lagi approprite, thumbs up? Ke 'innalillahi wainna ilaihi raji'un'? Jawab-jawab. Kalau korang bagi thumbs-up lah kan kat aku kalau aku bagitau korang cita macam ni, mesti kena maki ngan aku punyaa...maki elok-elok lah tanpa mencarut (baik ni!) ke kena tumbuk. 

Sebab tu lah aku panggil benda ni gejala 'like'. Nak like semua benda kalau boleh! Baca sekejap, rasa menarik, terus like. Sensitiviti tu ntah kemana. Kalau aku type kat facebook, 'hari ni aku sakit' pastu ramai like. Aku marah, pastu adalah mungkin sorang dua akan kata sakit tu menghapus dosa. Haaaa, niat kau nak like tu tadi takde kan macam tu? Tergamam satu satu. Daripada like status yang tak sepatutnya di 'like' apasalahnya doakan lah aku cepat sembuh kan, cakaplah leklok 'sakit tu menghapus dosa' takyah nak like. Because one thing, it's not funny, another thing, it wasn't suppose to be 'like'd. Sebab tu aku tak tulis status2 camtu kat facebook. I hate it if people klik like on that kinda statuses. 

Yes, orang kata it's my right to click or like anything I want, but we're talking about sensitivity here people. Macam situasi yang aku beri kat atas tu lah. IRL (that's In Real Life) takde kan korang buat camtu? So why the heck would some people 'like' status 'Lima sekeluarga ahli perniagaan dibunuh kejam awal pagi tadi di Sibu, Sarawak', or 'nenek saya baru saya kembali ke rahmatullah' or 'sakit gigi laaaa...' Bagi aku BS semua tu. Kalau korang kawan aku kat facebook mungkin perasan aku jarang tulis status, kat facebook tu tempat aku post gambar sikit but mostly link and nak tengok perkembangan kawan2 je. Aku komen je status diorang but kalau nak buat status sendiri aku pikir2 beribu kali. Aku lagi suka share anything kat twitter, kalo tak, kat blog ni lah. Panjang skit boleh tulis. 

So aku harap kalau korang paham it's not about the right, it's about sensitivity, korang berhati-hatilah kalau nak like status orang tu. Bukan aku sorang je yang komplen tau, ada ramai lagi. Sama ada diorang suarakan atau tidak aku tak taulah. Tapi sekarang aku dah suarakan, mana orang yang nak pakai apa aku cakap alhamdullillah, but kalau korang ada opinion korang sendiri ikutlah. Didn't harm me. Just so you know, when you like 'bad news' statuses, it implies you like it, you like that it occurs, so be careful. Don't abuse the 'like' button.

Monday, January 2, 2012

Bucket Lists

My bucket lists, things I hope to do before I die. I'll make a vision board out of this when I have time, But so far on here is just right I guess. I'll fit in more into this list from time to time. I have a lot of things I wanted to do but so far I can come up with this.  

1. Buy a bird, then set it free;
2. Fly first-class;
3. Travel far spontaneously;
4. Learn to play a guitar and piano;
5. Learn to dance a ballroom dance;
6. Watch symphony orchestra;
7. Be on TV;
8. Be in newspapers or magazine spread;
9. Ride a horse in full cowboy attire;
10. Own a bookstore;
11. Build my own snowman from real snow;
12. Live in Paris for some time;
13. Travel the whole of Italy;
14. Perform Hajj with family;
15. Read two books in a week, cover to cover;
16. Watch a meteor shower, or just a shooting star again (I've seen a shooting star once);
17. Have at least one published book;
18. Join a reality TV competition like The Amazing Race Asia;
19. Go fishing and catch at least one really big fish;
20. Travel to at least one country in every continents, including Antarctica;



Going Back To School!

Assalamualaikum! Terima kasih kerana masih sudi datang melawat blog aku yang sederhana saja ni :D. Mana yang baik tu kita ambil, mana yang 'kureng' naiknya tu kita jadikanlah sebagai satu pengajaran betul tak? 

Musim persekolahan semakin dah semakin hampir. Esok, dah sehari lagi sebelum musim persekolahan officially begins. Amacam? Ada yang excited tak? Maybe yang ada adik-adik yang baru first time nak masok zaman persekolahan tu mesti excited adik dia nak masok darjah satu. Aku dulu macam tu, aku call parents aku tanya adik perempuan aku tu camne pergi sekolah, menangis ke tak? AHAHAHAHA tapi nak menangis apanya kan, rumah aku tu sebelah sekolah je. Kalau cikgu kentut aku boleh dengar kot. AHAHAHA. Hiperbola okeh, paham-paham lah sendiri ;P

Lepas tu mungkin ada yang baru start tadika, perghh kalau tadika lagilah parah. Ada anak-anak yang siap lari lagi kejar mak bapak dia..AHAHAHA happens okay, mungkin sampai melekat2 kat kaki mak bapak don't want to let them go. Kalau anak akulah si Farid (yang first, ehem2) buat macam tu kat aku ngan isteri nanti mesti aku sebak, sayang betul anak aku ni kat kami berdua. AHAHA. Tak salah berangan, bukan angan kosong tau! But at some point they have to learn to survive on their own. It's a very important stage in their live, you don't them later on to be feed by you till you're old. You want them to take care of you when you're old.

Ada jugak yang lepas ni akan duduk untuk important exams, UPSR, PMR and SPM. Yes, adik lelaki aku akan duduk UPSR tahun ni, so memandangkan aku ada dirumah dalam masa tu, so insyaAllah aku boleh bantu dia untuk dapat keputusan yang baik. Aku harap2 dia at least dapat masuk MRSM Mukah yang baru tu, Tapi kalau dia dapat keputusan 5A (Ameen....) aku harap dia dapat masuk SBP, paling tidak my alma meter dulu, SMS Kuching. Kalau lagi terer, pergi lah semenanjung ke, where most of the tops schools are. Tapi adik laki aku ni macam liat sikit nak belajar -___- asyik nak main game aje. Kalau cepat belajar takde hallah ni banyak lagi benda tak tau nak main game tak henti-henti! Huh! So bagi budak2 UPSR, PMR, SPM, STPM, STAP and apa2 lagi exam penting, silalah belajar dulu, pulun betul2! Tak lama, setahun tu je pulun bebetul. Menguntungkan tau! Mak bapak pun tumpang bangga kalau korang berjaya.

Hmmmm...zaman aku sekolah dulu....time sekolah rendah dulu boleh kata aku ni popular jugak. AHAHAHA. Anak Tok Penghulu kan (perghh...bapak aku blom berpangkat datuk pun lagi AHAHA). Zaman sekolah rendah antara 'kejahatan' yang aku pernah buat ialah, escape perhimpunan sekali tapi kantoi, tapi acting skill aku dari dulu dah mantop so I pass it as 'kurang sihat' AHAHAHA. Aku ngan beberapa orang kawan aku ni sebenarnya nak try teori 'tak-pergi-perhimpunan-takda-orang-perasan-pun' tapi mungkin ada yang bagitau kot sebab aku kan popular, cikgu tak nampak muka aku mesti diorang 'risau' AHAHAHA. Lepas tu aku penah kurang ajar ngan seorang cikgu Matematik aku ni, punyalah keras kepala aku sampai cikgu tu marah, dia ketuk kepala aku kuat-kuat, blah dari kelas, pastu tak masuk mengajar maybe sampai seminggu. Tak lama lepas tu, cikgu tu pindah. Perghhh, penangan kerasnya kepala aku. Setahun matematik aku teruk, cukup2 sampai UPSR tu barulah elok, mungkin cikgu tu dah maafkan aku ;P. So dapat lah 5A, Alhamdulillah. Probably the sweetest moment in my life sebab jadi the first ever yang dapat 5A kat sekolah after 40 sumthing years back then. Sweet moment nak treasure ye, bukan nak brag. :) 

Bila masuk form 1, mungkin my darkest hour ever. First time berjauhan ngan family. Jauh amat, bukan boleh balik tiap2 minggu. Jauh kot Kuching ngan Mukah.Tapi masuk sekolah menengah aku jadi middle-class citizen je. Tak menonjol dari apa2 bidang. Awal2 tu result memang tak brapa baik tapi naik form 2 and form 3 result jadi semakin baik dan sekali lagi alhamdulillah dapat 8A PMR. Dengan usaha tau! Form 4 and Form 5 pun masih low-profile, struggle nak fit in dengan cool geng, tapi, mungkin aku tak sesuai dengan geng2 yang macam tu. AHAHAHA. And duduk dalam kelas nombor satu dulu is hard work. Semua nak bertanding antara satu sama lain. Sapa dapat highest paper ni paper tu. Aku selalu dapat highest Pendidikan Islam ngan Arab je (zaman baik :D) Upper Secondary tu memang sangat struggle, ten subjects, pure science punya aliran, phewww. Memenatkan! Dari form 4 lagi dah start kelas tambahan, so memang takda 'honeymoon' phase untuk kitorang, and memang cikgu dah bagitau siap2, form 4 is not honeymoon. But among all the subject I dreaded Additional Mathematics the most. AHAHAHA. Memanglah aku risau, abang aku dulu pernah dapat satu markah je untuk Add Maths, lepas tu senior pun cakap mencabar. Perghhh. Lepas tu Physic, lagilah, but on top of that, Sejarah, which prove to be the one subject make me one A short for straight A's in SPM. AHAHA. Yes, SPM aku 9A 1B, B tu Sejarah ;P. Mana taknya, dalam kelas sejarah kalau tak tido, aku sibuk melukis. AHAHAHA.

Itulah kisah aku secara ringkas nya. Terlalu banyak nak cerita sebenarnya. Mungkin lain kali. Tapi untuk semua, selamat kembali ke sekolah, selamat menongkah suasana baru, selamat berjaya dalam peperiksaan!

p/s- But seriously I don't miss school, I miss my friends that's it. ;P I miss my teachers too. But not the school in general, the experience everything. I just miss the people. AHAHA. 

Sunday, January 1, 2012

Perangai Mahasiswa

Assalamualaikum. Aku baru tengok video bertajuk 'Detik Cemat Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI'. Aku baca dari blog Joegrimjow. Video tu boleh dapat di Youtube (klik sini).  Aku malas nak tunjuk kat sini. Aku tak nak bersedih setiap kali bukak blog. Serius, aku sedih bertambah kecewa dengan sikap segelintir mahasiswa yang beria-ia sangat nak tolak AUKU. Tapi aku pasti, mungkin 80% peratus daripada mereka yang join perhimpunan ni tak tau keseluruhan AUKU. Tau nak tolak yang diorang tak suka ja. Tau2 dah kata AUKU ni zalim. Betul, dalam video tu diorang ada sebut tolak kezaliman. So aku nak tanyalah kat korang2 yang baca blog aku ni. Btol ke AUKU ni zalim? Meh tengok rasional pengenalan AUKU (sebelum nak bantai betul2 AUKU ni) dari salah seorang yang memperkenalkan AUKU kpada kita, tak lain tak bukan, Tun Mahathir (klik je)

Dah baca? Dah tau kenapa dulu diperkenalkan kepada kita AUKU ni? Kalau dah tu jadi rasional tak mahasiswa2 sekarang nak mintak balik, nak mintak pinda, nak tolah AUKU ni? Dah ada politik universiti, tu pun kadang2 aku dengar sampai get out of hand. Baru politik universiti bai...dah gaduh2 semua. Ni kan nak join politik luar? Nak join BN, nak join PKR. Padahal ramainya yang dapat biasiswa dan pinjam duit PTPTN. Nak sibuk2 berdemo buat hal? Aku yakin ada jalan lagi elok dan munasabah dari berdemo macam tu. Serious. Apa guna ada pertandingan debat antara universiti, pertandingan debat dalam universiti kalau tak dijadikan platform yang lebih sah dan adil dan tak menimbulkan masalah dari diguna? Apa guna kita berforum tak habis2 pasal Palestin bila isu dalam negara kita kurang forumnya? Lepas tu nanti nak salahkan pihak universiti atau kerajaan tak bagi peluang untuk jiwa-jiwa remaja yang kuat memberontak ni untuk menyuarakan pendapat. Dan bila dikasari oleh pihak polis sampai cedera nak salahkan polis pulak? Macam tu? Orang tak suruh berdemo, bila kena kasar sikit, nak salahkan orang lain. Ape cer weh logik mahasiswa tak betul camni?

Betul, at times kita kena fight for our right. Tapi bagi aku isu mahasiswa nak join politik luar ni, tak perlu sebenarnya. Serius tak perlu. Sebab tu orang dulu tak kisah sangat, diorang tau apa lagi penting berbanding orang sekarang. Tapi bila zaman dah jadi moden, semua orang nak bebas berkata, semua nak freedom, freedom memanjang tak abis2, lepas ni nak apa pulak? Freedom dari religion? Nauzubillahi min zaliq. Kita fight for what is important. 

Aku tau sekarang ni orang2 muda ramai yang tak suka kerajaan. Kawan aku pun ramai, aku tak kisah, buat apa aku nak cerita2 ngan diorang kan? Persahabatan tu lagi penting dari isu2 politik. Tapi bila aku tengok balik, orang kata kerajaan ni corrupt, tapi aku tak nampak pun PKR buat yang terbaik. Masih tahi di balas tahi. Kat twitter bukan main banyak lagi kutuk TV3, anjing kerajaan katanya. AHAHAHA. Media2 bertulis yang mainstream ni pun kena tempias macam tu jugak. AHAHA. Bullshit Utama katanya lagi untuk Buletin Utama TV3. Macam ni kah rakyat sekarang? Freedom kan. Nak shitty shitty everything pun tak kisah. 

Seriously, kalau korang ada kawan yang korang tahu tak sama persefahaman politik ngan korang, elakkan berbicara pasal politik, jangan sama sekali. Tak baik untuk persahabatan korang. I don't know why people tend to get so uptight when it comes to politic. So kalau aku nak kata apa bullshit, I think politic fits right. Serious aku tak suka. Tapi topik ni setiap hari setiap saat ada je timbul kat mana2, tak boleh diignore dah. Nak tak nak bacalah. Baca, faham, dan aku tengok dari perspective aku. 

Ni aku dapat dari MalaysiaKini, (klik untuk artikel penuh) katanya; 

"Golongan mahasiswa hari ini lebih rela mengeluarkan RM5 sejam untuk menyewa kereta Kancil untuk membawa teman wanita keluar makan di Sri Hartamas, daripada membeli majalah ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan. Kenapa semua ini berlaku? Bukankah ia berpunca dari Auku yang menutup ruang untuk golongan mahasiswa ini berfikir dan bertindak dengan lebih luas lagi?"

Soalan aku, apa kaitan mahasiswa bawak perempuan dating dengan AUKU? Seriously, aku rasa author article ni mungkin ada point lain yang lagi munasabah, terlupa nak include, but this is not one of it. 

Aku teringat dulu, cikgu Add Maths aku ada bagitau, fungsi opposition adalah untuk balance kan balik kerajaan. One side aje memang tak bolehlah kan. Hukum fizik pun ada nyatakan, 'to every action, there is equal and opposite re-action.' Tu Newton's third law of motion. Bukannya fungsi opposition asyik nak condemn semua yang government buat. Yang betul tak nak puji. Yang salah dekeji-keji. Betul, aku ikhlas. Dan kalau korang tanya aku aku sokong siapa. Aku cakap aku sokong kerajaan. Apa aku nak takut kan? Sebab pada aku kerajaan buat yang the best untuk rakyatnya. And kalau anda penyokong opposition, anda mungkin tak setuju. Tapi tidak bersetujulah dengan cara yang elok. Bukan nak keji2 aku sebab aku sokong kerajaan. Respect my views, because I respect yours. 

What I don't agree is how the students react. I think this is too much. I respect your opinion. Sekian. 


[UPDATE] p/s- ni dia link untuk AUKU yang full (pindaan 2006, pindaan 2009 tak dpt full version). korang boleh baca apa yang ada sebenarnya dalam AUKU. Adil ke tak adil pada korang? Lepas tu save dalam laptop. Jangan tak tau apa2 join berdemo sebab nak tolak satu perkara saja dari akta tu. Ni diantara yang telah dipinda dari UTHM. Tapi tak full lah.

2011 In Memory, 2012 A Brand New Vision

Assalamualaikum 2012! Wassalam 2011! HAPPY NEW YEAR untuk semua!

Jangan jeles! ;P

Buku untuk tahun 2011 dah ditutup secara rasminya di Malaysia. Harap disebalik laungan "Happy New Year' malam ni takda apalah yang tak berlaku...ameen... Tahun 2011 bagi aku bukanlah tahun terbaik. Yes, I have some of the best memories made in 2011, but I too succumb to my worst fear in the same year. Senang cakap, I experienced both extremes dalam tahun 2011, yang terbaik dan yang terburuk.

Apakah yang terbaik? 

Dah lama aku pendam impian nak pergi ke negara-negara Eropah. Dulu masa sekolah menengah memang berangan nak sambung blaja oversea you know, tapi apakan daya, bukan rezeki aku nak belajar dengan kawan aku di France or UK, atau pun di Jepun mahupun di USA. AHAHA so bila dapat pergi ke London and Paris in one trip I felt very lucky, despite aral melintang ditengah jalan, alhamdulillah one of my dreams came true in April. 

But the trip alone is not gonna give me sweet memory, it's the one accompanying me that really stays in my heart. Who? My studiomates of course! Here; credit goes to Ika sebab aku culik gamba2 ni dari facebook dia AHAHAHA. Aku lupa aku letak gamba2 aku dalam external HDD -___-" lupa nak bawak. So thanks Ika! 

The Ladies' man, bukan lady-like man okeh! AHAHA

Wajah2 yang aku rindu selalu...

Two of my bestfriends :) Aideel, Azam, Akram - 3A

Benda2 bodoh lucu macam ni lah aku rindu AHAHAHA 

Okay yang tu bolehlah dikatakan one of the sweetest moment in my life. But I had one of the worst this year tu. Penyakit. Penyakit apa, I don't think perlu bagitau kat sini dulu. Cukuplah aku dah tau there's something abnormal about my body that i should take care of. Nombor dua worst thing, I have to extend my studies. Yeah, memang nampak macam aku tak kisah nak extend setahun, taking a break. But deep in my heart aku sedih sebab kena extend lagi one year, and terpaksa berpisah dengan studiomates asal, and maybe nanti jumpa studiomates baru. Bagi aku it's not the best feeling. Although the one year break I'm currently having is very much needed to be with my family, to get back on track with my health and stuff, but still I hate the fact that I'm not going to be in the same studio with the my guys.

Bagi aku, mixing with new people is not that easy. Awal2 aku bercampur ngan diorang2 atas ni pun, semua ingat aku macam innocent giler AHAHAA padahal aku ni nakal dalam diam ;P. Aku biasa nervous bila nak bergaul dengan orang-orang baru. It's not always easy to meet new people. For me probably ten times of that of normal people AHAHAHA. Dulu kawan aku cakap aku ni probably sociophobic dengan cara aku behave dalam suasana ramai orang. Aku sebenarnya kurang senang dengan tempat ramai orang, especially majlis rasmi. So mungkin masa abang aku kahwin nanti aku kena siap2kan mental aku dulu. And lagi lah kalau aku yang nak kahwin. AHAHAHA.

So tu je, Selamat Tahun Baru 2012, kalau tahun lepas didn't go so well, work hard to make this year a fruitful one, the happier one, the better one, than the previous years okeh! Kita sama-samalah berdoa dan berusaha kearah itu. 

p/s- lama gila nak tulis post ni padahal sikit je pun, sebab sekejap mata aku tengon Inception, sekejap menulis balik, lepas tu pandang TV balik...AHAHAHA...

p/s #2- Aku akan come up with one post regarding my health after some test :) Jangan risau, probably nothing, probably aku just terlebih paranoid, yeahh, imaginasi aku kadang2 jadi satu aset, tapi kadang2 buat aku paranoid AHAHAHAHA.

p/s #3- AHAHAHAHA tu gelak internet aku, tableh lari dari tu daaaa...AHAHAHA

Sharing Is Caring :)