Friday, April 15, 2011

Adoi~Pilihanraya Negeri Sarawak

Sarawak, under our nation's radar!

For some people, especially political punya analyst lagi especially orang yang sangat fanatik ngan politik ni, this is their 'Prime Time'. Masa ni lah dia berbicara pasal hal politik, besar kata-katanya. Bagai mampu mengubah minda seluruh rakyat, especially sekarang ni, rakyat Sarawak. Media dicaci, blog berhaluan kanan digasak, blog berhaluan kiri disembah. Adoi~

Apa cerita orang-orang ni? Orang luar sekadar pemerhati, yang tak pernah duduk Sarawak, nak berbicara tentang Sarawak pun mungkin mengikut musin pilihan raya. Kalau tak, tak sentuh langsung pun isu Sarawak. Itulah jenis orang yang fanatik sangat dengan parti politik, balik yang kanan, mahupun yang kiri. Adoi~

Sensitif sangat dengan agenda mereka sampai aku pun di kata budak kecil tidak tahu menahu. Apakah? Ditanya sedikit pendirian jawapan bukan main kasar lagi. Begitu idola begitukah penyokong? Cool laa sikit kan. Adoi~

Dalam paper cakap, Sarawak politics will never be the same again, mana tak 'the same' nya, satu kotor, dua kotor, tigapun kotor. Banyak sangat konspirasi, banyak sangat isu sesama lain. Apakah? Dimana nilai murni nya? Adakan pasal politik semata-mata nilai-nilai yang dipelajari semua dihumban ketepi? Adoi~

Aku teringat satu entry dari encik Joegrimjow pasal Kenapa Aku?? Why Me?? Haha...cakap kenapa aku duduk Malaysia yang mana politik nya kotor. Siapa tak setuju? Banyak kisah membelasah satu parti ke satu parti lebih-lebih lagi bila tiba musim pilihan raya. Are thashing people a new nation's norm? Hilang hormat kah kepada pemimpin sedia ada? Tidak bolehkah bahasa dan budi pekerti dijaga sepanjang masa? Adoi~

Muda bukan bererti tidak mengerti, tua tidak semesti kepakaran terbukti. Jangan kerana fanatik kau engkau berlagak loyal, taat bagai, tapi dalam hati busuk mencela orang lain. Cerita demi cerita ditabur bagi mengabur minda rakyat. Bukan mengabur dah, mengelirukan. Kanan mahupun kiri kena berubah. Yang kiri jangan terlalu megejar kuasa, kerana kuasa keluarga pun boleh tergadai. Yang kanan jangan terlalu gah, segah manapun Titanic last-last tenggelam jugak. Adoi~

Ohoi semua, especially anak-anak muda. Jiwa kental berani mencuba, tapi jangan menjadi buta. Jangan dibiar minda tertutup dengan options yang ada. Jangan kerana darah muda hak tergadai. Jangan kerana semangat politik nilai diketepikan. Ohoi~

Kalau betul pun politik Sarawak akan berubah, harapnya berubah lah kepada persaingan sihat, demi rakyat, bukan demi kuasa. Demi kemajuan negeri bukan kekayaan diri. Demi kemajuan negara, bukan sendri punya harta.

Roger, out! :D

p/s-kepada warga Balingian, pilih yang boleh membantu. tapi dah boleh agak dah siapa kan? :D

No comments:

Post a Comment

Sharing Is Caring :)