Assalamualaikum. Aku baru tengok video bertajuk 'Detik Cemat Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 di UPSI'. Aku baca dari blog Joegrimjow. Video tu boleh dapat di Youtube (klik sini). Aku malas nak tunjuk kat sini. Aku tak nak bersedih setiap kali bukak blog. Serius, aku sedih bertambah kecewa dengan sikap segelintir mahasiswa yang beria-ia sangat nak tolak AUKU. Tapi aku pasti, mungkin 80% peratus daripada mereka yang join perhimpunan ni tak tau keseluruhan AUKU. Tau nak tolak yang diorang tak suka ja. Tau2 dah kata AUKU ni zalim. Betul, dalam video tu diorang ada sebut tolak kezaliman. So aku nak tanyalah kat korang2 yang baca blog aku ni. Btol ke AUKU ni zalim? Meh tengok rasional pengenalan AUKU (sebelum nak bantai betul2 AUKU ni) dari salah seorang yang memperkenalkan AUKU kpada kita, tak lain tak bukan, Tun Mahathir (klik je).
Dah baca? Dah tau kenapa dulu diperkenalkan kepada kita AUKU ni? Kalau dah tu jadi rasional tak mahasiswa2 sekarang nak mintak balik, nak mintak pinda, nak tolah AUKU ni? Dah ada politik universiti, tu pun kadang2 aku dengar sampai get out of hand. Baru politik universiti bai...dah gaduh2 semua. Ni kan nak join politik luar? Nak join BN, nak join PKR. Padahal ramainya yang dapat biasiswa dan pinjam duit PTPTN. Nak sibuk2 berdemo buat hal? Aku yakin ada jalan lagi elok dan munasabah dari berdemo macam tu. Serious. Apa guna ada pertandingan debat antara universiti, pertandingan debat dalam universiti kalau tak dijadikan platform yang lebih sah dan adil dan tak menimbulkan masalah dari diguna? Apa guna kita berforum tak habis2 pasal Palestin bila isu dalam negara kita kurang forumnya? Lepas tu nanti nak salahkan pihak universiti atau kerajaan tak bagi peluang untuk jiwa-jiwa remaja yang kuat memberontak ni untuk menyuarakan pendapat. Dan bila dikasari oleh pihak polis sampai cedera nak salahkan polis pulak? Macam tu? Orang tak suruh berdemo, bila kena kasar sikit, nak salahkan orang lain. Ape cer weh logik mahasiswa tak betul camni?
Betul, at times kita kena fight for our right. Tapi bagi aku isu mahasiswa nak join politik luar ni, tak perlu sebenarnya. Serius tak perlu. Sebab tu orang dulu tak kisah sangat, diorang tau apa lagi penting berbanding orang sekarang. Tapi bila zaman dah jadi moden, semua orang nak bebas berkata, semua nak freedom, freedom memanjang tak abis2, lepas ni nak apa pulak? Freedom dari religion? Nauzubillahi min zaliq. Kita fight for what is important.
Aku tau sekarang ni orang2 muda ramai yang tak suka kerajaan. Kawan aku pun ramai, aku tak kisah, buat apa aku nak cerita2 ngan diorang kan? Persahabatan tu lagi penting dari isu2 politik. Tapi bila aku tengok balik, orang kata kerajaan ni corrupt, tapi aku tak nampak pun PKR buat yang terbaik. Masih tahi di balas tahi. Kat twitter bukan main banyak lagi kutuk TV3, anjing kerajaan katanya. AHAHAHA. Media2 bertulis yang mainstream ni pun kena tempias macam tu jugak. AHAHA. Bullshit Utama katanya lagi untuk Buletin Utama TV3. Macam ni kah rakyat sekarang? Freedom kan. Nak shitty shitty everything pun tak kisah.
Seriously, kalau korang ada kawan yang korang tahu tak sama persefahaman politik ngan korang, elakkan berbicara pasal politik, jangan sama sekali. Tak baik untuk persahabatan korang. I don't know why people tend to get so uptight when it comes to politic. So kalau aku nak kata apa bullshit, I think politic fits right. Serious aku tak suka. Tapi topik ni setiap hari setiap saat ada je timbul kat mana2, tak boleh diignore dah. Nak tak nak bacalah. Baca, faham, dan aku tengok dari perspective aku.
Ni aku dapat dari MalaysiaKini, (klik untuk artikel penuh) katanya;
"Golongan mahasiswa hari ini lebih rela mengeluarkan RM5 sejam untuk menyewa kereta Kancil untuk membawa teman wanita keluar makan di Sri Hartamas, daripada membeli majalah ilmiah sebagai bahan bacaan tambahan. Kenapa semua ini berlaku? Bukankah ia berpunca dari Auku yang menutup ruang untuk golongan mahasiswa ini berfikir dan bertindak dengan lebih luas lagi?"
Soalan aku, apa kaitan mahasiswa bawak perempuan dating dengan AUKU? Seriously, aku rasa author article ni mungkin ada point lain yang lagi munasabah, terlupa nak include, but this is not one of it.
Aku teringat dulu, cikgu Add Maths aku ada bagitau, fungsi opposition adalah untuk balance kan balik kerajaan. One side aje memang tak bolehlah kan. Hukum fizik pun ada nyatakan, 'to every action, there is equal and opposite re-action.' Tu Newton's third law of motion. Bukannya fungsi opposition asyik nak condemn semua yang government buat. Yang betul tak nak puji. Yang salah dekeji-keji. Betul, aku ikhlas. Dan kalau korang tanya aku aku sokong siapa. Aku cakap aku sokong kerajaan. Apa aku nak takut kan? Sebab pada aku kerajaan buat yang the best untuk rakyatnya. And kalau anda penyokong opposition, anda mungkin tak setuju. Tapi tidak bersetujulah dengan cara yang elok. Bukan nak keji2 aku sebab aku sokong kerajaan. Respect my views, because I respect yours.
What I don't agree is how the students react. I think this is too much. I respect your opinion. Sekian.
[UPDATE] p/s- ni dia link untuk AUKU yang full (pindaan 2006, pindaan 2009 tak dpt full version). korang boleh baca apa yang ada sebenarnya dalam AUKU. Adil ke tak adil pada korang? Lepas tu save dalam laptop. Jangan tak tau apa2 join berdemo sebab nak tolak satu perkara saja dari akta tu. Ni diantara yang telah dipinda dari UTHM. Tapi tak full lah.
[UPDATE] p/s- ni dia link untuk AUKU yang full (pindaan 2006, pindaan 2009 tak dpt full version). korang boleh baca apa yang ada sebenarnya dalam AUKU. Adil ke tak adil pada korang? Lepas tu save dalam laptop. Jangan tak tau apa2 join berdemo sebab nak tolak satu perkara saja dari akta tu. Ni diantara yang telah dipinda dari UTHM. Tapi tak full lah.
No comments:
Post a Comment