Assalamualaikum! Terima kasih kerana masih sudi datang melawat blog aku yang sederhana saja ni :D. Mana yang baik tu kita ambil, mana yang 'kureng' naiknya tu kita jadikanlah sebagai satu pengajaran betul tak?
Musim persekolahan semakin dah semakin hampir. Esok, dah sehari lagi sebelum musim persekolahan officially begins. Amacam? Ada yang excited tak? Maybe yang ada adik-adik yang baru first time nak masok zaman persekolahan tu mesti excited adik dia nak masok darjah satu. Aku dulu macam tu, aku call parents aku tanya adik perempuan aku tu camne pergi sekolah, menangis ke tak? AHAHAHAHA tapi nak menangis apanya kan, rumah aku tu sebelah sekolah je. Kalau cikgu kentut aku boleh dengar kot. AHAHAHA. Hiperbola okeh, paham-paham lah sendiri ;P
Lepas tu mungkin ada yang baru start tadika, perghh kalau tadika lagilah parah. Ada anak-anak yang siap lari lagi kejar mak bapak dia..AHAHAHA happens okay, mungkin sampai melekat2 kat kaki mak bapak don't want to let them go. Kalau anak akulah si Farid (yang first, ehem2) buat macam tu kat aku ngan isteri nanti mesti aku sebak, sayang betul anak aku ni kat kami berdua. AHAHA. Tak salah berangan, bukan angan kosong tau! But at some point they have to learn to survive on their own. It's a very important stage in their live, you don't them later on to be feed by you till you're old. You want them to take care of you when you're old.
Ada jugak yang lepas ni akan duduk untuk important exams, UPSR, PMR and SPM. Yes, adik lelaki aku akan duduk UPSR tahun ni, so memandangkan aku ada dirumah dalam masa tu, so insyaAllah aku boleh bantu dia untuk dapat keputusan yang baik. Aku harap2 dia at least dapat masuk MRSM Mukah yang baru tu, Tapi kalau dia dapat keputusan 5A (Ameen....) aku harap dia dapat masuk SBP, paling tidak my alma meter dulu, SMS Kuching. Kalau lagi terer, pergi lah semenanjung ke, where most of the tops schools are. Tapi adik laki aku ni macam liat sikit nak belajar -___- asyik nak main game aje. Kalau cepat belajar takde hallah ni banyak lagi benda tak tau nak main game tak henti-henti! Huh! So bagi budak2 UPSR, PMR, SPM, STPM, STAP and apa2 lagi exam penting, silalah belajar dulu, pulun betul2! Tak lama, setahun tu je pulun bebetul. Menguntungkan tau! Mak bapak pun tumpang bangga kalau korang berjaya.
Hmmmm...zaman aku sekolah dulu....time sekolah rendah dulu boleh kata aku ni popular jugak. AHAHAHA. Anak Tok Penghulu kan (perghh...bapak aku blom berpangkat datuk pun lagi AHAHA). Zaman sekolah rendah antara 'kejahatan' yang aku pernah buat ialah, escape perhimpunan sekali tapi kantoi, tapi acting skill aku dari dulu dah mantop so I pass it as 'kurang sihat' AHAHAHA. Aku ngan beberapa orang kawan aku ni sebenarnya nak try teori 'tak-pergi-perhimpunan-takda-orang-perasan-pun' tapi mungkin ada yang bagitau kot sebab aku kan popular, cikgu tak nampak muka aku mesti diorang 'risau' AHAHAHA. Lepas tu aku penah kurang ajar ngan seorang cikgu Matematik aku ni, punyalah keras kepala aku sampai cikgu tu marah, dia ketuk kepala aku kuat-kuat, blah dari kelas, pastu tak masuk mengajar maybe sampai seminggu. Tak lama lepas tu, cikgu tu pindah. Perghhh, penangan kerasnya kepala aku. Setahun matematik aku teruk, cukup2 sampai UPSR tu barulah elok, mungkin cikgu tu dah maafkan aku ;P. So dapat lah 5A, Alhamdulillah. Probably the sweetest moment in my life sebab jadi the first ever yang dapat 5A kat sekolah after 40 sumthing years back then. Sweet moment nak treasure ye, bukan nak brag. :)
Bila masuk form 1, mungkin my darkest hour ever. First time berjauhan ngan family. Jauh amat, bukan boleh balik tiap2 minggu. Jauh kot Kuching ngan Mukah.Tapi masuk sekolah menengah aku jadi middle-class citizen je. Tak menonjol dari apa2 bidang. Awal2 tu result memang tak brapa baik tapi naik form 2 and form 3 result jadi semakin baik dan sekali lagi alhamdulillah dapat 8A PMR. Dengan usaha tau! Form 4 and Form 5 pun masih low-profile, struggle nak fit in dengan cool geng, tapi, mungkin aku tak sesuai dengan geng2 yang macam tu. AHAHAHA. And duduk dalam kelas nombor satu dulu is hard work. Semua nak bertanding antara satu sama lain. Sapa dapat highest paper ni paper tu. Aku selalu dapat highest Pendidikan Islam ngan Arab je (zaman baik :D) Upper Secondary tu memang sangat struggle, ten subjects, pure science punya aliran, phewww. Memenatkan! Dari form 4 lagi dah start kelas tambahan, so memang takda 'honeymoon' phase untuk kitorang, and memang cikgu dah bagitau siap2, form 4 is not honeymoon. But among all the subject I dreaded Additional Mathematics the most. AHAHAHA. Memanglah aku risau, abang aku dulu pernah dapat satu markah je untuk Add Maths, lepas tu senior pun cakap mencabar. Perghhh. Lepas tu Physic, lagilah, but on top of that, Sejarah, which prove to be the one subject make me one A short for straight A's in SPM. AHAHA. Yes, SPM aku 9A 1B, B tu Sejarah ;P. Mana taknya, dalam kelas sejarah kalau tak tido, aku sibuk melukis. AHAHAHA.
Itulah kisah aku secara ringkas nya. Terlalu banyak nak cerita sebenarnya. Mungkin lain kali. Tapi untuk semua, selamat kembali ke sekolah, selamat menongkah suasana baru, selamat berjaya dalam peperiksaan!
p/s- But seriously I don't miss school, I miss my friends that's it. ;P I miss my teachers too. But not the school in general, the experience everything. I just miss the people. AHAHA.
No comments:
Post a Comment