Assalamualaikum semua? Hari ni apa khabar? Haaaa hari ni aku nak share satu cerita pasal keluarga aku, aku pun baru tau jugak cerita ni, mak cik aku yang cerita, mak cik aku dengar arwah nenek yang cerita. Rugi nya, kalaulah boleh dengar cerita ni dari arwah nenek sendiri, mungkin lagi syok!
Haaaa, dalam keluarga aku, ada pantang, jangan makan ikan patin, yes, ikan patin, tak sure ada nama lain ke tak, tapi memang bahasa melayu nya ikan patin. Ada kat wikipedia. Ni kat bawah ni lah dia rupa ikan patin; Mudah dikenali dengan kepala yang kecil dan leper berbanding badannya yang besar.
Nenek cakap keluarga kami pantang makan ikan patin... |
Mesti nak tau kenapa kan? AHAHAHA. Kejap lagi. Satu lagi pantang keluarga kitorang, yang bapak aku tak cakap pun kat aku, jangan bunuh ular. Pernah sekali ada ular lidi kot kat tangga rumah, aku nak tangkap nak bela tapi ayah kata jangan, lepaskan. And ayah pun aku rasa mungkin tak pernah bunuh ular sebab nenek dah bagitau diorang adik beradik jangan.
AHAHA okey tiba masanya untuk aku bercerita kisah lama, tak tau lah ia pure history or just some kind of very interesting story to be told, and pass down, but bila aku dengar cerita ni rasa excited sangat! AHAHAHA.
Nak dijadikan cerita, zaman dulu, my ancestor ni nak kahwin, takda calon. Suatu hari tengah-tengah dia tangkap ikan di sungai camtu, dia dapatlah sekor ikan patin. Tapi ikan patin tu tiba-tiba jadi sorang perempuan. Hendak dijadikan cerita, maka berkahwinlah mereka ni. Dapatlah anak, berapa orang anak aku tak pasti. Tapi suatu hari ni, mereka bergaduh, dalam2 bergaduh, si suami pun kata, 'pulanglah engkau ke tempat asal kau!' Maka dengan sedihnya (mungkin) si perempuan ni pun kembali ke sungai dan jadilah ikan patin kembali. So dari hari tu, keturunan-keturunan dia ni pun dilarang untuk makan ikan patin, bukan diharamkan, hanya dilarang, kerana akan sakitlah kalau dimakan. Arwah nenek dulu memang berkeras jangan makan ikan patin, yang tu memang aku ingat dia pesan kat kitorang. Mungkin sebab pergaduhan tadi lah agaknya. AHAHA. Wallahualam.
Dan cerita pasal ular pulak, yang ni lebih dekat sedikit dengan timeline nenek aku, moyang ke datuk kepada nenek aku ni dah ada isteri, isteri nya pun dah alhamdulillah mengandung. Samaada anak pertama, atau yang mana, aku pun tak clear sangat, tapi dapatlah anak kembar. Tapi kembar yang sangat pelik. Seorang baby manusia, dan 'seorang' lagi seekor ular hitam. Whoaaaaah. Ape jadahnya kan? Haaa, nak dijadikan cerita, ular yang dilahirkan tadi pun balik ke hutan. Tapi mak cik aku cerita dia sering datang balik nak tengok 'adik-beradik' dia, dan jugak 'keturunan' dia. Yang paling best bila mak cik aku cakap dalam satu gambar nenek kahwin dulu, ada sekor ular hitam kat tingkap dekat dengan pengantin. Orang lain tak kisah, and dia pun tak kacau, katanya nak tengok cucu kahwin camtu. AHAHA. Aku tak jumpa gambar tu lagi, ntah ada lagi ke tidak tak sure. Tapi kat rumah dulu dalam bilik nenek ada banyak gak bekas yang dianyam dari buluh yang macam kalau korang pernah nampak orang India main seruling and ular tedung slow2 naik dari bekas tu. Lebih kurang macam tulah bekasnya. Perghhh. Mistik kan?
Aku tak brapa pernah share ngan orang kot, tapi aku suka ular, sebab diorang panjang and comel je. AHAHA. Lagillah kalau yang warna cantik. Ular tedung tu nampak cam ganas, tapi bila dia bukak 'tedung' dia tu aku rasa cam cool gila! AHAHA. Ular yang sangat cool kot. Kawan aku kat UIA ada dua orang bela ball phyton, lagilah comel, ular sawa jenis kecil, excited plak tengok macam tengok gajah saiz cam kucing. AHAHAHA.
Kalau dulu aku rasa kalau masok Hogwarts mesti nak masok Griffindor (perghhhh...) tapi sekarang mungkin aku tak kisah kalau masok Slytherin...AHAHAHAHA. Okay, semangat Harry Potter dah naik. AHAHA. Tapi itulah, tapi disebalik some cerita-cerita lama, mungkin ada kebenarannya. Kita tak tau kan? Bukan ada mesin masa nak siasat balik apa berlaku zaman dulu-dulu. Cerita ni pun nasib baik mak cik aku ceritakan kat aku. Sebab bapak tak pernah cerita kat kitorang. So aku balik rumah nanti aku nak tanyalah bapak aku ada ke tak nenek ceritakan kat dia. Serius excited weh!
Long lost relative??? |
p/s- jangan lah tuduh aku kolot ke, tak betul ke lepas ni. AHAHAHA. ni kan cerita aje. ;P
singgah sini ...:)
ReplyDeletetertarik dgn entry ini..wpun mistik tp ada juga mmbr yg mcm awak ni...keturunan something2...xboleh something2...if not akan jatuh sakit. xtau la...kebetulan atau suratan.
mcm2 kan org dulu2..;p
Same with me...sy pun ada keturunan mistik mcm u..bezanya kami keturunan buaya sama ular..mommy just tell me..
ReplyDelete