Assalamualaikum dunia! So hari ni aku stumble upon satu blog yang sangat best, sangat informatif dan akan membuatkan kita berfikir balik betul ke tak benda yang selama ni kita buat...tapi blog ni pun personal jugaklah, ada cerita ada jugak link2 nak download benda AHAHA but we take what's good, and from the bad ones we take lesson lah, ye dok? Inilah blog dia; theotherkhairul.
Salah satu topik yang sangat menarik perhatian aku (selain satu post pasal penulis blog tu ngn geng2 dia usha bapok2 ahaha, cari sendiri!) ialah pasal adat dan adab bertunang/berkahwin. Aku pernah baca artikel seumpama itu, dan aku pun berfikiran sealiran dengan dia pasal mas kahwin sampai beribu-ribu last last end up bercerai, especially yang very publicized kinda wedding, artis2 lah biasanya. Tapi bukan sekadar artis, orang-orang kampung aku sekarang pun dah pandai mintak mahal berbelas-belas ribu! Mak aih! Kesian si lelaki, dialah yang nak menyara keluarga lepas tu, keluarga pasangan plak minta tinggi-tinggi. Tak salah nak meminta mas kahwin berangka sampai enam angka, tapi tengok2 lah bakal suami kerja apa bukan? Kalau kerja gaji 2000 ringgit je tapi nak mintak mas kahwin RM 11,111 konon nak ambik nombor cantik, haaa banyaklah cantik engkau, cantik dipandang mata, disudut hati lelaki tu, 'betul ke nak kahwin ni?'. AHAHAHA.
But whatever it is, kena samalah toleransi, kami lelaki, bukan nak membeli anak perempuan siapa-siapa. Kami cuma nak mereka jadi pasangan sah kami didunia. Kami pun tau, walaupun selepas berkahwin perempuan itu kena ikut cakap suami, tapi kami lelaki taklah kejam sampai nak halang mereka dari berjumpa keluarga sendiri. :D Kami lelaki juga selepas berkahwin bertanggungjawab sepenuhnya keatas isteri kami, jadi kami faham segala tanggungjawab tu and we will try our best to protect our beloved wife, or wives...kekekekeke, jangan marah, kuota 4 org derrrr....
So aku cadangkan kepada semua silalah baca blog encik khairul tu, tak salah kita nak berkongsi fikiran, kalau tak setuju ngan dia, bagilah komen berbentuk ilmiah, tapi bagi aku, kami berfikiran sama, so kalau jumpa insyaAllah boleh jadi geng...tehehehehe...
Dah malam, mengantok! Jumpa di lain post, Assalamualaikum!
Mungkin nak kesini lagi, say, berbulan madu? AHAHHHA....ameeennn |
I found myself here :)
ReplyDeletegood for you Shazrin! :)
ReplyDelete